Monday, September 15, 2014

Lecturer :)

bismillah

Semester baru sudah bermula!
Tanggungjawab baru bertambah pula, hehe.

Pesan Doktor Misbah (Lecturer Kajian Hadith Dho'if & Maudhu'), kalau kita nak bercita-cita, kita kena cita-cita tinggi! dan minta pada Allah supaya Allah berikan yang terbaik untuk diri kita. Terpana bila Doktor tanya, kenapa kamu semua nak jadi lecturer/ guru sahaja? Tidak ada yang lebih sedikit? Mungkin seorang Muhaddith (pakar hadith), Ra'isul Wuzara' (Ketua Menteri), Naib Canselor :) Kagum dengan semangat lecturers di sini. Apabila mengajar, memang sungguh-sungguh nak bagi pelajarnya faham. Tak lekang dari bibirnya memesan untuk turakkiz!(Fokus!) Jangan dok sembang di belakang! Huhu. Adab dengan guru tu amat penting. Kalau tiada keberkatan dari seorang guru, maka rugilah ilmu yang kita pelajari.

Pesan Doktor Walid pula dalam kuliah Hadith 1 tadi, supaya rajin bertanya dan berani mencuba. Sebaik-sebaik pelajaran adalah kesalahan. Tak kisah lah kita salah banyak kali masa belajar, sebab bila salah tu lah kita akan lebih ingat benda yang betul. :) Bila belajar, pastikan niat selalu betul, Ikhlas Lillahi Ta'ala, terutamanya kita semua yang belajar ilmu syariah. Kalau niat semata untuk dapat kerja, maka rugilah kita. Serius rugi besarrr! Apabila hati mula berbolak-balik, maka tajdidlah (perbaharuilah) niat kita semula. AKU STUDY/KERJA KERANA ALLAH. In sya Allah Allah akan mudahkan kita untuk fahami ilmu yang kita sedang pelajari. Untuk sahabat-sahabat yang belajar ilmu fardhu kifayah seperti medicine, engineering, dan lain-lain, don't worry. Niat utama kamu belajar mesti kerana Allah. Dan kalau kamu niatkan untuk mencari rezeki pun takpa. :)

Baru tadi belajar pasal hadis tentang niat :) hadis yang masyhur tu, "Innama al-a'mal binniat...".
Setiap perkara yang kita lakukan mesti kena ada niat. Okay? :) Sebab setiap perbuatan itu bergantung pada niat kita. Emmm.

Haa, tanggungjawab lain pun jangan dilupakan ya. Tanggungjawab kepada Allah& Rasul, kepada ibu bapa, sebagai mahasiswa dan tanggungjawab kepada masyarakat. Nak huraikan panjang pula nanti. Hehe

Ok, selamat menuntut dan mengejar ilmu! Jangan pernah rasa boring dengan ilmu tau! Kerna hidup di dunia hanya sekali, maka pergunakanlah masa yang kita ada ni untuk buat amal yang terbaik. Hidup di dunia ni sekejap sahaja, yang lamanya, nunnnnn kat akhirat nanti!

Moga baik-baik aja! in sya Allah.
Salam 'alayk :) 

1 comment:

eR said...

terima kasih ummi atas peringatan.
sangat2 bermakna..
:D
moga kita semua berjaya capai cita-cita kita..