Sunday, August 24, 2014

monopod

Bismillahirrahmanirrahim.

الواجبات أكثر من الأوقات
(Tanggungjawab lebih banyak daripada masa)

Sometimes Allah gave us some test and circumstances. Dan sangat susah untuk kita hadapinya. 
Tetapi apabila kita tahu yang Allah sentiasa ada, kita bersungguh-sungguh menangis di hadapan Dia, 
meluahkan segala isi hati kita, selepas itu sungguh, kita rasa ada satu ketenangan dan kelegaan dan kebahagiaan.
Itulah tanda cinta Allah kepada hamba-Nya.
Ya!
Iaitu dengan menghadiahkan kepada hamba-Nya dengan sebuah ujian yang semampu untuknya.

"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها"
(Allah tidak akan membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya)

Kekadang juga kita terlampau berada dalam comfort zone,
Padahal realitinya ketika itu kita berada di critical point sedangkan kita tidak menyedarinya,
Yang bisa mencabut setiap ketenangan yang ada dalam jiwa manusia.
Maka ketika itulah Allah mengetuk hati kita,
Mengatakan bahawa kau harus melakukan sesuatu.
Apakah itu?
Itulah kasih sayang Allah!
Allah ingin menyedarkan kita. Allah kasih pada kita.
Maka seharusnya dan seefektifnya, kita mesti
Mesti bergerak kembali,
Sit down bersama,
Merancang dan menyusun strategi dengan hebat,
Supaya tidak lagi berada di tahap yang tenat.
Allah bagi kita jatuh,
Supaya kita bangun kembali.
Bukan sengaja Allah berikan kita rasa khawater itu,
Ingat tau.
Allah bagi kita macam nak terjatuh dari gaung tu sebab Allah nak sedarkan kita.
Allah sayang kita.

Cinta pada Allah tak pernah menyakitkan,
Tetapi sentiasa MEMBAHAGIAKAN. :')
Allah takkan pernah tinggalkan kita sendirian.
Ingat tau. :)

Selamat beramal. Moga istiqamah. Always live in good surrounding and friends.
May Allah Bless.

#pray4malaysia #pray4gazasyriamesir #tarbiyah


1 comment:

eR said...

syukran ummi...
sangat-sangat deep dan mengingatkan...

keep it up...

^-^