Saturday, April 19, 2014

stress lah

ya Allah
stress nye assignment menimbunnnn!!!
nak nangis.
eh dah nangis pun.

cut.

-----------------------------------

"Sesungguhnya Allah takkan memberi beban kepada hamba-Nya selain daripada tahap kemampuan-Nya."
"Setiap kesusahan pasti ada kesenangan."

----------------------------------

sekarang sedang cuba untuk mendidik diri sendiri.
didik diri untuk sentiasa minta dan mengadu pada Allah.
didik diri untuk bergantung kepada Allah Ta'ala 100%.
didik hati untuk sentiasa zikrullah.

---------------------------------

didik hati untuk tidak bakhil meminta daripada Allah.
didik hati untuk sentiasa menangis kepada Allah.

--------------------------------

Allah Allah Allah.

--------------------------------

nak masuk syurga bukan mudah, bro.
kena usaha dulu.

Sunday, April 13, 2014

reflections

how's your heart in remembering Allah today?
is it better than yesterday...?
check your heart.
sedap dengar kupasan kitab Ayyuhal Walad hasil Imam Ghazali by one of Imam at Tv AlHijrah tadi.
Simple and clear.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 8, 2014

pemurahkah atau bakhilkah kita?

Malam ini rasa diketuk betul oleh Allah Ta'ala.
Berapa kali dah masa baca terjemahan al-Quran,
ketemu dengan suruhan dan galakan untuk menginfakkan harta
di jalan yang benar.

Kekadang rasa susah sangat nak sedekah, kan?
Kekadang rasa susah sangat nak belanja kawan, kan?
Kekadang rasa susah sangat nak tolong orang, kan?

Sedangkan berkali-kali Allah dah sebut dalam al-Quran
Bahawa betapa besarnya ganjaran bagi orang yang bersedekah
Samada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyian
Seronok rasa
Semangat rasa
Untuk bersedekah
Dan menginfakkan harta dan jiwa
Selepas baca ayat cinta Allah itu

Moga Allah kurniakan kekuatan untuk menjadi pemurah
Dan moga Allah jauhi sifat bakhil dari diri ini
Kerna sifat bakhil itu dibenci Allah

Imam Ghazali pesan
Kalau nak hilangkan sifat mazmuah dalam diri kita
Biasakan dan selalukan buat benda yang baik
Supaya terkikisnya sifat buruk tadi
Kalau kita ini bakhil kedekut
Maka rajin-rajinkanlah, paksa-paksakanlah untuk bersedekah
Mula-mula memang rasa terpaksa
Lama-lama in sha Allah ikhlas dan seronok jadinya

Jom usaha!
Moga Allah redha.

P/s: Menerawang fikiran mengingatkan saudara muslim kita di Syria. Teringat sungguh kelihatan adik-adik yang hanya makan habuk roti di jalan. T_T
Allah Allah. Moga mereka tabah. Ya ALlah, kami bersyukur atas nikmatmu ya Allah. T_T

Nilai, 2.44am, 8April2014