Friday, November 29, 2013

Denda

Bismillah. Disebabkan saya tak join us2 petang ni, saya denda diri saya, kena share something kat sini. Dan memang rasa dah lama tak share. Semua benda yg saya share adalah utk diri saya sendiri dan awak-awak semua yg dikasihi krn Allah..insyaAllah.

Di sini saya bawakan satu dialog melalui sms antara ibu dan anak.

Anak: assalamualaikum mak. Nak berhenti U*!!
Mak: waalaikumussalam. Mak pun nak berhenti kejeeeee.
Anak: mak, anak tension la sejak kebelakangan ni.. Sedih.. Rindu nak jumpa makkkk. Uwaaaaa.
Mak: mak pun nak jumpa anak.. Emm, kenapa tension ni?
Anak: wuwuwuwu. Banyak sangat amanah yang rasa macam tak berjalan. Sedih.. Sedih sangat. Dengan masalah komunikasinya..emmm
Mak: emmm. Jgn mcm tu.. Itu semua permainan syaitan. Syaitan saja nak main-mainkan hati anak tu..cara dia Beristighfarlah n solat taubat banyak-banyak walaupun rasa tak buat apa-apa dosa. Bukan ke Allah sebaik-baik pendengar..?
Anak: huhuhu. Okay mak..insyaAllah. Thank you mak. Sayang mak sangat-sangat kerana Allah.
Mak: sayang anak juga..:)

Mungkin ini antara dialog yang sering berlaku antara mak dan anak, kan? Tension sebab belajar, tanggungjawab dan lain-lain. Benarlah, sebaik-baik sahabat yang paling best untuk kita share adalah ibu kita sebab dia sentiasa ngam dan tahu dengan perangai kita. Kerna dia yang melahirkan kita dengan izinNya. Kerana dia yang telah memikul kita dengan sabar dan kasihsayangnya dalam perutnya selama sembilan bulan tanpa rehat. Terima kasih ya Allah atas anugerahMu ini.

Walau resah, walau badai yang melanda, tetaplah teguh kepada Allah kerna Dia Maha Mengetahui setiap keadaan hambaNya.

"Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha."

Wallahu'alam.

P/s. Doakan ana. Jzkk.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 19, 2013

bismillah.
Allah sebaik-baik tempat mengadu.