Monday, October 14, 2013

Arafah

Bismillah.

Hari ini Hari Arafah. Seronok kan? :D Hari ini hari mustajab do'a. Jom pakat berdoa dan zikrullah selagi masih ada masa, insyaAllah. Dan moga kita terus istiqamah untuk terus berdoa dan zikrullah di masa lain juga. ;)

Sedikit perkongsian tentang apa yang telah ana dapat dari Majlis Ilmu Ustaz Zulkifli Bakri di Al Hijrah TV. Hehe.
Kalau kita mahu elakkan diri kita daripada melakukan maksiat dan perkara mazmumah, ada beberapa steps yang boleh kita buat.

Pertama, ingat azab Allah ta'ala sentiasa. Ada satu kisah ni, zaman dahulu, ada seorang hamba Allah ni sedang duduk bersendirian dan masa tu dia dah fikir dah benda dosa yang dia nak buat. Tiba-tiba, dia tenung api kat sumbu pelita dia. Dia saja try letakkan tangan dia kat hujung api tu. Dia rasa panas dan sakit. Lepastu, dia fikir, kalau ini, baru je api panas dunia, kalau kat neraka, masyaAllah, apinya panas berkali ganda. Maka, dia terus menangis dan bertaubat kepada Allah.

Kedua, selalu bertaubat. taubat taubat taubat. Just Remember. Allah Maha Pengampun. Dia amat kasih kepada hambaNya. Ada satu ayat terjumpa kat Instagram;

Allah GIVE, GIVE, GIVE and FORGIVE.
People GET, GET, GET and FORGET.

Allahu Allah. Moga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan redha. Amin.

Ketiga, pilihlah rakan yang baik. Ustaz Zul bawa satu kisah yang mana seorang lelaki dah bunuh 99 orang tu. Ingat lagi tak? ;) Pastu, bila dia tanya seorang lelaki, apakah aku akan diampunkan walaupun aku dah berbuat dosa, and lelaki tu cakap, kau dah buat dosa, mestilah takkan diampunkan. lepastu lelaki yang dah bunuh 99orang tu bunuh lah lelaki tu. so, dia dah bunuh 100 orang. Lepastu, last-last dia jumpa sorang laki ni, and laki tu cakap kau akan diampunkan oleh ALlah walaupun kamu dah bunuh 100 orang, cuma kamu kena berhijrah dari kawasan kamu sebab kaum kamu tu tidak baik. So, dia rasa happy sangat dan dia pun bertaubat n berhijrah ke satu kawasan yang lain. masa on the way ke tempat yang baru tu, Allah tarik nyawa lelaki tu and at last lelaki tu dimasukkan syurga sebab dia dah berniat untuk berubah ke arah kebaikan. seeeeeee? Allah Maha Pengampun sangatttttt. ^___^

Ok, seterusnya, keempat, isilah masa dengan majlis ilmu supaya dapat melalaikan diri kita daripada nawaya khofiyyah ( niat yang tersembunyi). Seriously, ini memang mujarab ubatnya. Paksalah diri kita untuk join mana-mana majlis ilmu supaya dapat refill balik hati kita dengan mengingati Allah. Untuk remind diri kita yang mungkin dah lalai sangat dengan dunia ini. You may join usrah or halaqah or tazkirah. Semuanya bergantung pada diri kita. :) Enjoy your life with good things yang boleh dekatkan diri kita kepada Dia. Apa makna hidup kita ni kalau tak mengabdikan diri kita kepada ALlah, kan ukhti? :)

Kelima, banyakkan Do'a. Yes, Do'a. DOA ITU WIRELESS. Hati ni kita sendiri tahu yang ianya jenis berbolak-balik dan tidak tetap, kan? Jadi, mohonlah pada Allah untuk tetapkan hati kita sentiasa di jalan-Nya, insyaAllah. Amalkan doa ini selalu : "Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Quluubana 'Ala Diinika, Wa Thoo'atihika, Wa Husni 'ibadatika." maknanya, "Ya Allah yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami kepada agamaMu, ketaatan kepadaMu dan beribadah kepadaMu." Doalah pada Allah juga supaya diri kita terhindar daripada benda yang tidak baik. Amin.

Wallahu'alam.

:)