Monday, August 12, 2013

Rock gitu

Bismillah.

Petang tadi. Mimpi. Berdakwah kat gangster-2 ala ala rock di Indonesia. Wow masyaAllah. Mimpi tu. Dalam mimpi tu. Rasa amat yakin dan berani. Sebab sangat sangat percaya bahawa aku ada Allah. Lantak pi la dia nak campak kerusi ka, parang ka, tapi perasaan yang Allah akan tolong aku at that time tu, rasa macam ya Allah. Aku ada Allah. Speechless. Terima kasih ya Allah atas mimpi petang tadi. Buat diri ini rasa lebih kuat dan bersemangat untuk kembali berjuang di medan dakwah. Huhu. InsyaAllah. Doakan.

Btw, sebelum tidur tadi, sebenarnya baru selesai baca novel sejarah Islam : Zubair bin Awwam. Hehe. Sebab tu lah ada aura dia sampai masuk mimpi. MasyaAllah. Hmm, nampak sangat kan, melalui membacalah kita dapat besaqkan pemikiran kita dan mematangkan lagi jiwa kita. Best woo baca kisah perang zaman sahabat dan Rasulullah s.a.w. Macam bagi suntikan semangat! Kalau tak percaya, cubalah baca! ;)

Moga Allah redha. :)

P/s - SHRMZB. moga trus istiqamah, iA.

posted from Bloggeroid

Sunday, August 4, 2013

Angan angan

Mak cakap jangan hidup dalam angan angan.
Uhh, pedihnya ayat, ya Allah.
Betullah apa yang mak kata.

Hiduplah dalam alam realiti.
Bangkitlah dari selimut mimpi.
Banyak lagi peluang yang boleh kau kejari.

Usia muda lah yang bakal Allah persoalkan banyakkkk sekali bila di padang mahsyar nanti. ALLAH.
Apa kau buat pada usia muda?
Dengar lagu tak bermanfaat? Tonton movie? Lepak-ing? Facebooking? Twitter?
Semua itu akan Allah persoalkan. Bersediakah kita? Cukup ke amalan kita?
Ya Allah, dahsyatnya hari itu tika mulut dikunci, melainkan amal sahaja dan anggota badan lain yang berbicara.

T_T

ohh, aku lah yang menonton dan melihat benda ini..itu. Kata mata.
Ohh, akulah yang telah mengata itu..ini.. Kata lidah.
Ohh, akulah yang bergerak ke tempat sana untuk.. Kata kaki.

Allahu Akbar. Check balik amalan kita. Andai ada rasa kekurangan(sudah pasti ada kekurangan!) maka berubahlah untuk menjadi yang lebih baik. Janganlah hidup dalam angan-angan! Usia muda jangan disiakan.

Buat teman teman, teruslah mara ke hadapan. Janganlah pandang ke masa silammu melainkan untuk dijadikan pengajaran. Percayalah dan yakinlah, Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Kejarilah cinta Dia yang Agung kerna bila cinta Allah kita dah genggam, insyaAllah segala keperitan dan kesedihan akan dilupai. InsyaAllah.

Buat semua, maafkan diri ini andai pernah sakitkan hati. Huu.

Moga istiqamah selalu.
May Allah bless us.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 3, 2013

Ramadhan Terakhir?

Lagi empat hari je nak puasa :'(
Adakah hubungan kita dengan Allah makin bertambah erat dalam bulan ramadhan ini?
Ambillah sebanyak banyaknya peluang yang masih ada wahai cik ummi dan sahabat-2, kerna mungkin ini adalah ramadhan kita yang terakhir.
Kita tak tahu apa, tapi Allah Tahu segalanya.
Moga Allah Redha.

posted from Bloggeroid