Wednesday, March 6, 2013

Sem Dua

Bismillah.

Semester dua dah hampir 3 minggu berlalu.
Alhamdulillah, setakat ini All Izz Well.
Subjek baru yang menarik dan menambahkan semangat untuk study dalam sem ni! antaranya;
Amalan Komunikasi dalam Dakwah, Sejarah Maktabah, Organization of Library and Information, Business, English for Academic dan Bahasa Arab (Sains Sosial). Semuanya bukan belajar dalam bahasa Melayu. Hehe. Itu yang best tu.

Dalam English; Business, Organization Library
Dalam Bahasa Arab; Dakwah, Sejarah Maktabah.

Credit hours kami 16jam. Berbanding dengan course lain, mereka ada lebih banyak daripada kami punya subjek.
Jadi, memang diakui, ada banyak jugalah masa terluang.
Maka, kalau masa terluang itu tak diisi dengan perkara kebaikan, rugilah kan?
Jadi, alternatif lain untuk isi masa kosong tu, cuba-cubalah juga untuk menggagahkan diri untuk hadir dan hayati majlis-majlis ilmu kat USIM. USIM memang rajin buat majlis ilmu. Saya suka. :)
Tiap hari Rabu, ada kuliah umum dalam Bahasa Arab, memang lecturer pun orang Arab. Baru pergi satu kuliah haritu, masyaAllah, penyampaian Dr Mustafa simple sangat dalam bahasa Arabnya tapi isinya mantoopp. Kalau ada sahabat-2 USIM yang baca entry ni, bolehlah join ya, pukul 2.30-4.30 petang kat DKU FPQS. :) Tak rugi pun. :)

Pernah sorang kakak senior pesan, masa kat universiti ni lah masa untuk kita cari ilmu banyak-banyak. Kat tempat lain susah nak dapat. So, grab the chance! Jangan hanya duduk di rumah ja. Terokai ilmu. Dan paling penting, pastikan niat kita pergi majlis ilmu tu IKHLAS kerana Allah.

Kerana.

Kerana.

Kerana.

Andai hati tak ikhlas untuk pergi program itu, memang rugi dan memang hati akan rasa menyampah je. Hu. Na'udzubillah min dzalik. Misalnya, andai naqibah kita suruh/ajak kita pergi apa-apa program, please, jangan pernah rasa terpaksa, kerana anda akan rugi. Seriously talking. Ikhlaskanlah niatmu, mintalah pada Allah selalu supaya segala niat kita hanya didasari untuk peroleh rahmat dan redha-Nya. InsyaAllah, bila hati kita ikhlas, Allah akan permudahkanlah jalan bagi kita. Betul. Percayalah dengan Dia. :) Yakin ya.

Hm, kat universiti ni memang banyak persatuan, kan? Tapi, tak tahulah samada nak join ke tak persatuan-persatuan ni. Uhuhu. Ada sesiapa yang boleh berikan cadangan? ;) Cadangan dan pendapat anda amatlah sangat-sangat dihargai. :)

Apapun, setiap benda yang kita buat, ingatlah, setiap dari kita punyai haknya yang tersendiri. Kalau nak pergi ke program ke sana situ dan banyak lagi lah kan, itu tidak mengapa, tapi pastikan hak badanmu terjaga. Jangan sampai keletihan pula. Badan juga ada limit dia.

Sabda baginda s.a.w yang bermaksud,
"Tuhanmu mempunyai hak atas dirimu, dirimu juga mempunyai hak atas tubuhmu, keluargamu pun mempunyai hak atas dirimu. Maka tunaikanlah dengan benar hak-hak tersebut." (Riwayat Bukhari)

Kepada anda yang dikasihi Allah, tolong doakan saya untuk terus tsabat dan istiqamah dalam jalan ini, insyaAllah.

Rabbuna Yusahhil.

Assalamualaikum.
with Ustaz Hasrizal. Seminar Muslim 2013 selama 2 hari. masyaAllah, ibrah yang manis.