Friday, February 22, 2013

EuropSafar 3

29 JANUARI 2013, SELASA :

  • Hari ini pergi ke Bursa, dulu juga merupakan salah satu kawasan Islam, sekarang pun, masih lagi. :) Kitaorang kena naik feri untuk sampai sana, lebih kurang 2 jam juga.
  • Secara ringkas, kat Bursa ni sebenarnya ada banyak tempat best untuk dilawati, tapi kami sempat pergi separuh hari je. Agak tergesa-gesa lah juga sebab terpaksa berkejar dari satu tempat ke tempat best yang lain kat sana. Amat digalakkan supaya korang duduk kat sana untuk sehari dua macam tu, ehe. Sebab tempat dia best! dan kat Bursa juga, filem Istanbul Aku Datang dibikin, hehe.
  • Jalan-jalan di Bazar, best. Tapi, tak ramai sangat orang Melayu disini. Huhu. Time jalan-jalan tu, bila tengok kawasan dia, lorong-lorong kecil dia, orang-orangnya, ya Allah, tetiba teringat kat Syria. T_T Sebab environment dia memang macam di Syria. Ya Allah, moga Engkau sentiasa beri kekuatan kepada mereka ya Allah. Jagalah mereka. Amin.
  • Kat sini juga, kami berkenalan dengan Husayn Erdogan. Semuanya Allah yang aturkan, huhu. Beliau memang orang Turki. Amat peramah. Dah travel banyak tempat walau dalam usia yang muda. Hm, salute. Beliau bawa kami jalan-jalan di sekitar Bazar. Baik, amat baik. May Allah bless him.
  • Haa, ada cerita menarik, hee. Ayah mintalah seorang pakcik teksi ni untuk bawa kami jalan-jalan around Bursa dalam masa lebih kurang 2 jam. Bayaran tak kisah, huhu. Dan, pakcik tu tak speaking English pun! Dia cakap bahasa  Turki je. MasyaAllah, tiap kali dia nak explain tu dalam bahasa Turki tu, punyalah bersungguh nye. Macam kitaorang faham, hee. Tapi, memang, rasa wow lah, masyaAllah. Sebab dia sanggup bawa kitaorang jalan-jalan and try to explain the history di setiap tempat tu. Jzkk.

Thursday, February 21, 2013

EuropSafar 2


27 JANUARI 2013, AHAD :

Abu Dhabi to Cairo : 3 hours 55 minutes.
Alhamdulillah, 3 pagi sampai di Kaherah, Mesir.
Meet kak yusraa!! Dengan kawan dia n abang dia. Nak pergi Istanbul juga. Huhu.
2.35 petang : depart dari Cairo ke Istanbul, Turki. 2 jam 15 minit.
Bila tengok awan, langit biru. Bila difikirkan balik, langit dan awan ni dah lama dah wujud kat ala mini, tapi dia still teguh dan ikut perintah Allah. Subhanallah. Moga Allah beri kekuatan yang sama juga pada kita untuk follow perintah-Nya dan menjadi hamba yang terbaik di sisi- Nya, insyaAllah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.” (Surah ar-Rahman)

28 JANUARI 2013, ISNIN :

Hari ini pergi ke beberapa tempat di sekitar Istanbul, guna kaki je. Alhamdulillah. Hehe.
Mula-mula, gerak ke Bazar Spice, New Mosque, Masjid Eyup Al-Ansari, Topkapi Palace, Blue Mosque.
Kat Bazar Spice, ada macam-macam rempah ratus, benda-benda untuk wedding nikah pun ada.
Masjid Eyup Al-Ansari : adanya makam sahabat nabi sallahu alaihi wasallam, iaitu Abu Ayub Al-Ansari. Tahu kan cerita tentang beliau?  First cerita, beliau ni orang Ansar, masa Rasulullah s.a.w datang berhijrah, semua orang berebut-rebut nak invite Rasulullah s.a.w untuk tidur rumah diaorang. Last-last, Rasulullah s.a.w kata, biarkan unta dia stop sendiri, dan akhirnya unta tu stop kat rumah Abu Ayub Al-Ansari. Second cerita, beliau teringin sangat nak tawan kota Constantinople masa pemerintahan Rom, tapi tak berjaya, sampailah akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya tawan pada tahun 1453. Dan, sebelum Ayub al-Ansari meninggal dunia, beliau minta kuburnya ditanam di luar pagar kota Constatinople, supaya beliau dapat dengar derapan kuda pemimpin Islam dan tenteranya yang berjaya menawan Constatinople. MasyaAllah. Hebat orangnya. Masa beliau pergi berperang tu, umur beliau sudah mencecah 80 tahun dan masa tu anak Muawiyah yang jadi ketua, iaitu Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian.
Masjid Biru @ Blue Mosque : sekarang dah jadi museum. Sedih. Ada 6 menara.
Topkapi Palace @ Topkapi Sarayi @ Istana Sultan Muhammad Al-Fateh :
Dibina oleh Sultan Muhammad al-Fateh dan terus digunakan selama 400 tahun.
Dalam istana tu, adalah bahagian-bahagian dia. Memang besar lah. “The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. At its peak, the palace was home to as many as 4,000 people,[2] and covered a large area with a long shoreline. The complex was expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire. The palace contained mosques, a hospital, bakeries, and a mint.” Dalam kawasan istana tu jugak, ada pameran senjata, pakaian-pakaian perang dan banyak lagi. Tak boleh ambil gambar.   Bila tengok baju besi tentera Islam dulu-dulu, dengan senjatanya, pedang, rifle, bow, semua tulah kan, masa tu rasa macam.. “ MasyaAllah, sungguh, pasti hebat dan mantap pemerintahan Islam zaman dahulu. Patutlah Islam tersebar luas, kerana adanya kekuatan iman di samping kekuatan fizikal, senjata, etc.. Kalau tak, tanpa semangat keimanan dan juang yang tinggi dalam kalangan sahabat dan pejuang Islam zaman dulu untuk sebarkan Islam, sekarang ni, agak-agak kita dapat tak hirup tak keamanan yang ada? Dn mungkin juga, adakah kita Islam sekarang ni? Allahu Allah :’( Moga Allah merahmati sahabat-sahabat dan pejuang Islam terdahulu dan sekarang, amiiiin. Moga kita bisa jadi seperti mereka, insyaAllah.
Pergi Panaroma Al-Fateh kat Topkapi. Dalam bangunan tu, dia gambarkanlah suasana peperangan time nak tawan Constantinople tu. Macam real lukisan dia. Siap ada bunyi bom, bunyi kuda etc.. Memang macam suasana perang. Berlaku pada 29 Mei 1453. Tentera Muslimin di bawah pimpinan Sultan Muhd al-Fateh sendiri berperang dengan tentera Rom. Masa tu,tentera Islam terdiri daripada pelbagai bangsa dan Negara. Akidah menyatukan mereka. MasyaALlah. Pesanan ringkas dari saya, cubalah baca buku Mustafa Kamal Attarturk hasil tulisan Pakcik Abdul Latip Talib. Dalam tu ada juga cerita fasal penawanan Constantinople ini. Best.
Last kali untuk hari tu, pergi GRAND BAZAAR. Uhuhu. Banyak benar barangnya. Pashmina ada, keychain, cawan, baju, carpet, jubah, baju. Haish, macam-macam lah ada. Harga pun boleh tahan kalau pandai kecek dengan penjual dia. Hehe.

Wednesday, February 20, 2013

EuropeSafar 1


SAFAR 4 MUSAFIR DEMI REDHA DIA~

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah redha dengan perkongsian ini, insyaAllah.
Secara ringkas, pengembaraan kami mencari diri, bermula sebegini :

Malaysia  Cairo  Istanbul  Barcelona Granada, Spain  Malaga  Toledo  Madrid  Cairo  Malaysia

MasyaAllah, musafir dari 26 Januari 2013 hingga 10 Februari 2013 ini banyak beri pengajaran pada kami! Alhamdulillah.
Sy hanya meng-copy paste balik apa yang saya dah tulis dalam buku sepanjang perjalanan ini into this blog. ;)


26 JANUARI 2013, SABTU :

Gerak daripada USIM lepas asar. Berdebar.
8.30 malam : airplane moving. Ikhlaskan niat. Moga Allah redha dengan musafir ini, insyaAllah.
Perjalanan lebih kurang 6 jam 30 minit. Dari KLIA ke Abu Dhabi.
Banyak kali juga bertembung dengan turbulences. Sekali tu ada rasa macam plane tersentak ke bawah. Allahu Allah.. hmm, something to ponder time tu, siapa yang cipta turbulences tu? Ha, Allah, kan? Jadi mintalah tolong dan kekuatan daripada Dia ;) Tawakkal ‘ala Allah.
Ehm, dan ada seorang pramugara ni, tak habis-habislah pesan n check seat belt passengers dia, huhu. Same goes macam dalam kehidupan kita. Kalau naik kapal terbang pun perlukan seat belts to secure ourselves, apatah lagi dalam hidup kita, we need a guidance to guide our life, iaitu hukum yang Allah dah tetapkan  khas untuk kita, yang mana dah tersedia dalam al-Quran dan sunnah. MasyaAllah. Check balik, adakah kita dah ikut peraturan Dia dengan sebaiknya selama kita hidup 20 tahun ( n etc..) ini?



Tuesday, February 19, 2013

Bangkit

Bismillah.

-------------------

Dia bangkit dari kisah silamnya
Yang penuh kejijikan dan penghinaan
Untuk menjadi manusia yang lebih sempurna
Di mata Dia 
Toleh ke belakang hanya untuk cari pengajaran
Bukan sekadar mainan

Ini dia cerita seorang penghina
Yang mahu merubah dirinya
Ke arah yang lebih mulia di sisi-Nya

Dulu dia sering mengadu domba
Tidak berpuas hati akan hal itu dan ini
Tapi kini dia sedari
Bahawa setiap perkara, setiap insan
Punya kelemahan yang tersendiri
Dan nikmat Tuhan itu sungguh luas
Maka mengapa perlu membesarkan perkara yang kecil?

Dulu dia melihat manusia dengan penuh perasaan benci
Dendam, kecewa, iri hati
Dengan segala perkara yang mereka miliki
Tapi kini segalanya dilihat dengan pandangan mata hati
Pandangan kasih sayang orang kata.

Dulu mulutnya laser dan tajam
Bak seseorang yang minta penampar hinggap di pipi secara percuma
Kasar luar
Kasar dalam
Semuanya ada dalam diri dia
All-in-one lagaknya
Tapi kini dia sedang berusaha
Untuk melembutkan lidah dan perilakunya
Dengan sentiasa membasahkan lidahnya
Dengan zikrullah dan istighfar sentiasa.

Dia cuba
Ya
Sedang mencuba sehabis dayanya
Untuk sabar dalam setiap perkara
Dia usaha dan akan terus berusaha
Maka 
Awak yang dikasihi Allah yang sedang membaca petikan ini
Mohon tolong doakan dia
Terima kasih
Yang amat.

-------------

Untuk post antara 20/2/2013-22/2/2013, sebenarnya it's already scheduled sebelum ini. Kiranya saya dah tulis awal-awal, takut tak sempat nak share kat sini. :) Moga Allah redha.


Saturday, February 16, 2013

matang

Puan Mama pesan supaya bersikap lebih matang lah sikit tahun ini. Hehe.
Janganlah asyik nak bersembang sakan dengan kawan sahaja.
Janganlah nak berhu-ha-hu-ha sahaja dengan kawan.
Ouch. Sakit.

Ya, kita datang sini, universiti ini, bukan untuk suka-suka sahaja.
Tapi kita punya tujuan dan matlamat.
Kita punya tanggungjawab dan amanah yang harus dilunaskan.
Kita datang sini untuk belajar.
Untuk menuntut ilmu.
Supaya dapat raih redha Dia.
InsyaAllah.
Selamat berjuang sahabat seperjuangan yang ku cintai semuanya kerana Allah.

jom jadi muslimah osemmmmmm!

APG


Percayalah, anda sudah bosan melakukan maksiat. Yakinlah, anda sudah muak untuk ingkar padaNya. Dan ketahuilah, sudah tiba masanya untuk anda meninggalkan segala dosa dan noda.

Ayuh berubah!

-APG-

Monday, February 4, 2013

Hanisah, hehe

Bismillah.

Kepada cik anissss dan cik nabilah, Jazakillahu Khairan Kathir atas ucapan awak! Maaf sangat tak dapat reply via message, kredit sudah kering, Huhu.

May Allah bless us always.

P/s: currently at Granada, Spain. Akan meneroka sejarah khilafah Islamiyah di sini selama tiga hari, insyaAllah.

Senyum.

Moga Allah redha.

Saturday, February 2, 2013

Kejap

Bismillah. Betul jugak apa yg kak S cakap. Mungkin Allah bagi peluang bermusafir ni untuk release tension. Hu hu. Dan yang paling penting, dapat dekatkan diri kepada Dia. N ambil pengajaran dari sekeliling.

T.T

Moga Allah redha.

Rome, Italy.