Thursday, January 10, 2013

Istiqamah

10 Januari 2012
01:01

Kita gagal mendidik diri untuk istiqamah kerana terlalu banyak perkara yang telah menghitamkan hati.

Tersentap dengan ayat ini. Memang ada kebenarannya di situ. Apabila hati sudah gelap, maka sukarlah untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan suatu kebaikan.

Namun...namun.. Percayalah wahai diri, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengetahui. Mintalah keampunan Dia untuk memaafkan kesalahan kita.

Dan pintalah kekuatan daripada Dia untuk terus istiqamah dalam amalan kebaikan dan juga dijauhkan daripada segala kemungkaran.

Perbaikilah hubungan kita dengan Allahu Taala. Dia sentiasa setia mennunggu kita. Selangkah kita datang kepada Allah, seribu langkah Allah datang kepada kita. Allahu Allah.

Cerahkanlah kembali segala amalan kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana-Nya. Jangan hanya meniti di bibir sahaja perkataan IKHLAS itu, tapi pastikan ia terukir indah dan kukuh dalam hati kita.

Jagalah dirimu, binalah biah di sekelilingmu dengan biah yang solehah. Kuatkan dirimu untuk membentuk satu persekitaran yang diredhai Allah. Allah Maha Tahu kekuatan hamba-Nya. Biar sedikit, asalkan tetap istiqamah. Amalan yang sedikit tapi istiqamah lebih dicintai dari amalan yang banyak tapi tidak dilakukan secara istiqamah.

Moga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam segenap perkara kebaikan yang kita lakukan, insyaAllah.

---------------------------

Alhamdulillah. Sudah mula bercuti untuk semester 1 :)  InsyaALlah akan pergunakan masa lapang yang ada dengan sebijaknya! Jom telaah buku, hafaz al-Quran dan belajar memasak! Hehe.

google :)

No comments: