Tuesday, January 15, 2013

Sharing with Ukhti ;)

Di Perak : satu message telah berjaya dihantar.
Di PJ : satu pesanan email telah berjaya masuk dalam inbox.

----------------------------

Assalamualaikum.

InsyaAllah, malam ni kita nak share benda yg haritu tu. Yg dah lama sangat tuu, hehehe. Yg majlis cinta ilmu by ustaz zulkifli albakri kat tv alhijrah haritu, heee.

Bismillah. Oke, kita just share apa yg kta dapatlah drpd sharing ustaz tu. Em. Dekat dunia ni...ada macam-macam jenis manusia, kan? Jadi, pastilah pemikiran diaorang pun berlainan. N then, there it is.. muncul satu persoalan..

Bagaimanakah seseorang manusia tu melihat alam ni?
Basically ada beberapa level manusia..

First, dia tengok alam ni, dia rasa biasa-biasa saja. Ada pokok, ada sungai, ada langit, ada kereta. So what? Lantaklah....
Second, orang ni dia tengok, eh macam mana eh pokok ni jadi? Hmm..menarik jugak kalau nak selidik. Hebatnyalah benda alam ni..something like that lah orang tu fikir..
Third is someone yang bila tengok alam ni, dia tengok dengan penuh iktibar.. means, everything that he/she sees, she will relate to Allah. spe yang cipta gunung-ganang? manusia yang pelbagai rupa? pokok bunga yang menawan? and there it is... dia mula memuji kebesaran Allah. sebab dia tahu, siapalah yang mampu menciptakan alam dan seluas segala isi semua benda ini melainkan Allah 'Azza Wajalla? Allahu Akbar.

and jom refleksi diri, yang mana satukah kita? T_T

Dan ustaz ada cakap, ulul albab adalah seseorang yang punyai mata hati, yang bila lihat sesuatu, dia akan lihat dengan iktibar&berfikir. Bukan hanya sekadar melihat and then pergi ja..bukan macam tu...bukan.

Dan dalam setiap perkara yang kita buat, kita patut sandarkan pada ALLAH. Tiap kali kita nk buat kerja ke apa, makan ke, minum ke, baca buku ke, driving ke, mulakan dengan BISMILLAH, dan akhiri ia dengan ALHAMDULILLAH. Kita letakkan harapan kita 100% hanya pada Allah & mintalah keredhaan daripada Dia..


Just remember ya ukhti..that,, everything that happens to us, there must be a reason / hikmah that Allah wants to give us. Pasti ada hikmahnya. Dan kita kena wajib percaya dengan segala plan Dia, because He is the best planner! 

And ustaz ada cakap, kenapa sekarang ni masih ada lagi yang lari dari landasan kebenaran?.. because they didn't know Allah.. ya, sebab mereka tidak mengenali Allah dengan sebenarnya..moga Allah terus-menerus m'berikan hidayah kpd kita dan juga kepada mereka di luar sana, insyaAllah. Amin. Bagi kita, we should spread & share  perasaan "betapa best-Nya bercinta dan mengenali Allah" tu kat orang-2 lain di sekeliling kita, supaya mereka dapat rasa apa yg kita rasa tu.. Rasa macam , "Oh, bahagianya cinta kepada Dia!". Tak rugi pun ya ukhti.. to share with them.. mereka pun mgkin sebenarnya sedang mencari-cari jugak cinta Allah, so why not we share and help them to find the true love of Allah? ;)

eh, pokok ni bunga dia warna pink lah! subhanallah, comel! ;)

Contohnye, benda simple je, kita cuba untuk hubungkaitkan dgn ciptaan Allah. Buatkan dia berfikir. cth, bila tengok pokok masa tengah siram pokok ke  kan, ce tanya dia, hmm, macam mana eh pokok ni boleh tumbuh warna hijau ceria macam ni, n then boleh bgi oksigen kat kita n haiwan2 lain..masyaALLAH..Allah tu Maha Bijak dan Sempurna, sebab tulah Dia ciptakan pokok ni, kalau tak, dah sesak nafas lah kita kat bumi ni, yo lah, asyik2 sedut carbon dioxide je.. Begitulahh.... Heheh. 

Bila kita dah kenal Allah, insyaAllah hati kita akan jadi tenang dan lapang. Because we know that ALlah is the best planner and He knows everything about us. Jadi, perbanyakkanlah zikrullah kepada-Nya..:)



And  there is some little story about Hasan al-Basri.. :)
Beliau pernah berpesan, iaitu..

-jgn terpedaya dengan syaitan
-jgn berkhalwat dengan perempuan w/pun dia rabiatul adawiyh utk ajar al-Quran
-jgn suka/ seronok dgn orang kaya/sombong/ takabbur --- akan merosakkan hati

Wallahu'alam.

Kta rasa itu je yang kta dapat share malam ni..insyaAllah.

Btw, to be a stronger muslimah, kita kena kuat melawan hawa nafsu kita. Mujahadah linafsihi. Fighting ya Ukhti! Fight like a brave warrior!  :')


zikrullah selalu.
Uhibbuki Fillah.

Assalamualaikum.

----------------------------

;)
tag : ukhti nns93!

----------------------------


Saja nak share dengan anda semua! :) Moga Allah redha. Dan maafkan bahasa sy yg agak bercampur rojak malam ini. Huhu.

Friday, January 11, 2013

Kisah @ USIM lagi

1. Ko-Ko Munazarah Lughah 'Aarabiyah buat program!

Alhamdulillah, dapat banyak pengalaman masuk koko debat bahasa arab. Terbaik. Haritu kalau tak silap, 15 Disember 2012, group koko kami buat pertandingan munazarah untuk Tahun 1 dari UKM, KUIS, DQ, USIM (A) dan (B).

Amat seronok. Melihat pelbagai cara penyampaian, aksi, keligatan berfikir, idea yang mencurah-curah, lenggok bahasa yang amat sedap dan menarik. :)

Sesiapa yang nak masuk koko bila-bila nanti, bolehlah masuk debat Bahasa Arab. Jangan rasa rendah diri sangat. Masuk debat ni boleh asah bakat kepimpinan dan keberanian kita sebenarnya. Siapa yang tak nak jadi seorang muslim yang berani, kan?

Syukran jazilan 'ala kulli hal kepada Ustaz Syafwan Nour yang dah banyak mengajar dan berKONGSI dengan kami segala tips dan pengalaman! Barakallahu fiik.


mereka! :)

2. Sirah Rasul

Subjek ni ada dalam kos Pengajian Sunnah & Pengurusan Maklumat(SPM), Quran Multimedia(QM), Quran & Sunnah Pure(QS). Maksudnya, sesiapa yang belajar kat Fakulti Pengajian al-Quran & Sunnah (FPQS) memang wajib kena ambil subjek ni masa 1st year.

Apa yang nak di share kan kat sini.. adalah bahawasanya subjek inilah yang paaaaaaaling best awesome menarik tertarik da booom :) Ustaz yang ajar kelas kami, adalah seorang Doktor dari Nigeria -----> Dr. Kabiro Goje :)

He explains about Rasulullah s.a.w very well and excellent. And I like how he try to sampaikan kepada students beliau. Lecture yang 2 jam tu pun kadang-kadang tak terasa pun dah selesai 2 jam.

Dan masih ingat lagi, first time beliau masuk kelas kami, and then he clearly stated that he want to teach us not because he want us to get good grade in this subject, because he can give us as many scores as he wants (ehhe), but the main point is that, he wants us to know more about Rasulullah s.a.w., and so that we can practise the sunnah of Prophet s.a.w, and all of us can  spread the beauty of Islam to other people and lastly can enter the paradise of Allahu Ta'ala , insyaAllah. Allahu Akbar. :')

In this subject, we learn about hayaati/ life of Rasulullah s.a.w, the war that Prophet s.a.w attended and many more! BTW, the textbook is in arabic, but Dr. explained it in English. :)

All in all, pembelajaran Sirah Rasul oleh Dr Kabir telah memberi impak yang besar kepada diri saya. Alhamdulillah 'ala kulli hal. :) Jzkk Dr.!

in one of his classess, cakap pasal peta negara2 arab

Thursday, January 10, 2013

Istiqamah

10 Januari 2012
01:01

Kita gagal mendidik diri untuk istiqamah kerana terlalu banyak perkara yang telah menghitamkan hati.

Tersentap dengan ayat ini. Memang ada kebenarannya di situ. Apabila hati sudah gelap, maka sukarlah untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan suatu kebaikan.

Namun...namun.. Percayalah wahai diri, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengetahui. Mintalah keampunan Dia untuk memaafkan kesalahan kita.

Dan pintalah kekuatan daripada Dia untuk terus istiqamah dalam amalan kebaikan dan juga dijauhkan daripada segala kemungkaran.

Perbaikilah hubungan kita dengan Allahu Taala. Dia sentiasa setia mennunggu kita. Selangkah kita datang kepada Allah, seribu langkah Allah datang kepada kita. Allahu Allah.

Cerahkanlah kembali segala amalan kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana-Nya. Jangan hanya meniti di bibir sahaja perkataan IKHLAS itu, tapi pastikan ia terukir indah dan kukuh dalam hati kita.

Jagalah dirimu, binalah biah di sekelilingmu dengan biah yang solehah. Kuatkan dirimu untuk membentuk satu persekitaran yang diredhai Allah. Allah Maha Tahu kekuatan hamba-Nya. Biar sedikit, asalkan tetap istiqamah. Amalan yang sedikit tapi istiqamah lebih dicintai dari amalan yang banyak tapi tidak dilakukan secara istiqamah.

Moga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam segenap perkara kebaikan yang kita lakukan, insyaAllah.

---------------------------

Alhamdulillah. Sudah mula bercuti untuk semester 1 :)  InsyaALlah akan pergunakan masa lapang yang ada dengan sebijaknya! Jom telaah buku, hafaz al-Quran dan belajar memasak! Hehe.

google :)

Thursday, January 3, 2013

Teman


"Berkatalah salah seorang daripada mereka, 'Sesungguhnya dahulu (di dunia) aku pernah mempunyai seorang teman, yang berkata, 'Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)? Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?'"

Dia berkata, 'Mahukah kamu meninjau (temanku itu)?' Maka dia meninjaunya, lalu dia melihat (teman)nya itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Dia berkata, 'Demi Allah, engkau hampir sahaja mencelakakanku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).'"
[as-Saffaat, 37:51-57]

Gulp.

Membaca ayat-ayat daripada surah as-Saffaat ini pasti akan membuatkan saya telan air liur banyak kali. Bukan kerana risau memikirkan prospek rakan saya yang mana satu yang akan dihumban ke dalam neraka itu, tetapi lebih ngeri dan seriau memikirkan bahawa sayalah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut, berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Peluh besar.

Yang lebih menakutkan, sehingga kadang-kadang bisa membuatkan saya terkenching dalam seluar adalah perkataan 'qarin' yang digunakan di dalam ayat lima puluh satu. Terjemahan Bahasa Melayu menyebutnya sebagai 'teman.' Sedangkan qarin adalah lebih daripada sekadar teman.

Qarin bermaksud sahabat baik atau teman akrab (qarib), dan perkataan akrab ini selalunya dikaitkan dengan hati. Maknanya, seorang teman yang sangat dekat di hati.

Uhm uhm.

Membaca ayat-ayat di atas, tidak boleh tidak, saya berfikir panjang sambil bermuhasarawak tentang diri ini; jenis sahabat apakah saya..?

Jenis yang sentiasa menyokong malah menggalakkan pula mana-mana rakan yang ingin berubah. Atau... Seorang rakan yang menjadi dajal, sentiasa memerli dan memperlekeh perubahan yang ingin dilakukan oleh orang lain..?

"Eleh, tak usah lah nak pakai tudung labuh kak oii. Dah macam ostajah pilihan dah aku tengok! Kau tu bukannya belajar agama pon..!"

"Laaaa buat apa nak pergi solat jemaah kat masjid tu..? Solat jemaah kat rumah sudah. Pahala tetap dapat 27 kali ganda en..?? Buat penat dan berpeluh ketiak je nak menapak ke masjid tu. Dah la takde ekon! Ish tak faham aku.."

"Tarbiyah? Dakwah..? *garu garu* Tu semua kerja ostad dan pak lebai je lah! Ohoi, sedar diri tu sikit! Anda tu, maksiat dan dosa pon berlambak-lambak lagi, ada hati nak ingatkan orang lain...?? Ceh."

"Weh, yang hang dok sibok-sibok nak pi usrah la, halaqah la, daurah la.. Pasai apa? Hang tu muda lagi, kena banyak rehat. Dok ghumah diam-diam sudahlah. Sekali-sekala takpa la, tapi ni hang dok ligan, bantai setiap hari nak buat dakwah bagai. Hang kena rasuk ka..?"

"Anta tak payah la berangan nak pergi belajar bahasa Arab kat Mesir tu. Baca Quran pon tak betul lagi! Adoiii sedar diri tu sikit boleh tak..??"

Adakah kita tergolong dalam rakan-rakan sebegini? Yang mulut dan akal kita sentiasa ligat berputar, berfikir bagaimana mahu menjatuhkan rakan sendiri..? Yang sentiasa mencari jalan untuk menghasut dan memesongkan rakan-rakan kita yang mahu berbuat kebaikan..?

Ok mungkin anda yang baca belog ini baik-baik belaka. Pijak semut tak mati, kentut pon wangi. Eh. Tapi mungkinkah dalam tidak sedar, kita juga sebenarnya tergolong dalam spesis rakan-rakan yang suka membawahkan orang lain..?

"Anta nak bawak lima usrah...?? Ish anta ni biar betul. Larat ke anta ni..?? Ana tengok diri anta pon macam tak terurus je akhi. Ana rasa anta belum layak kot nak bawak lima usrah. Jadi fitnah nanti!"

"Alaaaa jangan ah rajin sangat nak pergi program tu, tolong orang ni. Kita pon manusia juga apa. Kena juga berehat. Kena juga ada hiburan. Apa kata minggu ni, kau ikut aku pergi Uptown..? Kita tadabbur manusia dan jahiliyyah! Hahaha.. Amacam..??

"Anda, saya rasa anda belum benar-benar faham dengan konsep dakwah sepertimana yang dikehendaki oleh Hassan al-Banna. Bahaya tahu anda ni, kalau semberono je buat dakwah, tak ikut cara dan uslub yang betul. Ish kalau beginilah gaya dan caranya, rasanya lebih baik anda berhenti buat dakwah kot!"    

Bagaimana..? Tampaknya seperti nasihat dan pandangan yang diberikan relevan dan munakedah bukan..? Eh. Munasabah. Tapi jika anda perasan, kata-kata sebegini sebenarnya mengandungi jarum-jarum halus yang mencucuk pedih dan menusuk jerih, yang akhirnya akan menyebabkan hati si mangsa menjadi lemah dan lesu.

Apatah lagi kita sebagai seorang sahabat baik dan teman karib kepada rakan kita itu, pastinya setiap kata-kata dan pandangan yang keluar daripada mulut kita mempunyai berat dan pengaruhnya yang tersendiri. Adakah percakapan dan perbuatan kita sehari-hari sentiasa menolak rakan-rakan di sekeliling kita untuk menjadi seorang hamba yang lebih taat kepadaNya..? Atau tanpa kita sedari, kata-kata dan tingkah laku kita setiap hari telah menyebabkan rakan kita semakin jauh daripadaNya..?

"Demi Allah, kau hampir sahaja mencelakakanku! Dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku, pastilah aku sudah termasuk orang-orang yang diseret!"

Allahu... Potong bawang laju-laju.

Tanpa kita sedari, kadangkala ada segelintir daripada rakan-rakan kita yang begitu menghormati dan menyayangi diri kita. Dia memandang tinggi pada setiap kata-kata dan perbuatan kita. Dia mahu menjadi seperti kita. Dia mahu mencontohi kita. Dia mahu menjadi seorang sahabat sejati kepada kita buat selamanya.

Dan kita..? Tidak pernah menghargai hakikat ini. Bukan setakat tidak menyedari betapa ada seorang insan suci lagi mulia yang sentiasa ternanti-nanti untuk kita membalas rindu dan kasihnya, malah tergamak kita melakukan sesuatu yang menyebabkan dirinya semakin jauh daripada rahmat dan hidayah Allah..?? Dengan akhlak kita yang tidak senonoh, kata-kata kita yang tajamnya mengalahkan light saber, tingkah-laku kita yang tidak menggambarkan risalah yang kita bawa dan beraneka ragam lagi perangai-perangai Paleolitik yang secara tidak langsung telah mempengaruhi rakan kita itu.

Dan kita masih mahu mendakwa diri kita sebagai seorang dai'e..??

Berlari-lari laju ke bilik air. Nanges tutup muka.

Maka sebagai seorang teman rapat dan sahabat karib kepada teman dan sahabat kita, kita pastinya sentiasa diperhatikan mereka. Tingkah laku kita pasti akan dicontohi mereka. Kata-kata kita juga akan ditiru mereka.

Jagalah kata-kata kita. Kawallah nafsu amarah kita. Jinakkan akhlak raksasa gorgon kita itu.

Diamlah daripada berkata-kata sesuatu yang tidak berguna. Tahanlah marah anda itu walaupon ketika mana ia hampir mahu meletup seperti gunung berapi Vesuvius. Tunjukkan akhlak yang terbaik, walaupon ia sukar dan hampir menyebabkan anda menjadi gila.

Mengapa..? Kerana ayat Quran yang satu ini:

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
[az-Zukhruf, 43:67]

Ya... Ayat yang ini. Habuk masuk mata.

Hanya taqwa yang dapat menyelamatkan persahabatan yang kita bina. Hanya taqwa yang benar-benar ikhlas keranaNya akan memastikan kita akan terus bertepuk-tampar di sorga sana. Dan hanya taqwa yang sejati yang akan memberikan kita kekuatan untuk menarik keluar tangan rakan-rakan kita dari jurang neraka yang dalam.

Bagaimana mahu menjadi seorang sahabat yang bertaqwa..?  Rasulullah SAW bersabda:

"Taqwa itu terletak di sini.." sambil menunjukkan dada (hati) baginda sebanyak tiga kali. [Hadith Riwayat Muslim]

    iau shallallahu ‘alaihi wa sallam meYa, ia bermula dengan hati. Sucikanlah hati mu, wahai para sahabatku. Bersihkan hatimu sehingga tiada lagi bintil-bintil hitam yang selama ini sering merosakkan persahabatan yang dibina. Hapuskan saki-baki hasad dan kedengkian yang masih berkarat di hatimu, yang tidak senang melihat kelebihan dan kekuatan yang ada pada rakanmu. Cuci dan sentallah jiwamu yang selama ini amat sukar berlapang dada dan tidak mudah pula berbaik sangka.

Pergilah kepada sahabat anda yang amat anda chentai lagi sayangi, pandang wajahnya dengan penuh kerinduan dan keredhaan. Peluk erat tubuhnya dan bisikkan ke telinganya dengan penuh tulus dan yakin,

"Akhi fillah, saya sungguh chentakan anda keranaNya. Maafkan saya untuk segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ini. Dan In Sha Allah, telah saya maafkan dan halalkan sebarang silap dan salah anda pada saya, jika ada. Akhi sayang, jom kita buru redhaNya bersama-sama..?"

Kerana akhirnya, kita mahu menjadi temannya di sorga, bukan seterunya di nekara.

Senyum dengan linangan air mata.

-gabbana-

Sungguh saya maksudkan dengan status saya malam tadi, betapa bila mana yang kita kejar tak dapat, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lain. Dan lebih sering daripada tidak, apa yang Allah gantikan itu jauh lebih baik dan bermanfaat untuk kita daripada apa yang pernah kita buru dan dambakan itu.

Tetapi.. Bagaimana kalau kita masih tidak berputus-asa, masih mahu mengejar dan berharap pada sesuatu yang masih belum pasti akan menjadi milik kita..?

Adeh.

--------------------------------------

Post Inche Gabbana kali ini amat melekat di hati. Terasa. T_T