Saturday, December 22, 2012

Cinta Allah

Bismillah. It has been a loooooong time since I post on my blog. Huhu. Rindu nak blogging. Idea sudah mari tapi tiada masa untuk olah ayat bagi sedap sikit bunyinya. Hehe.

Lots of assignment make my head want to explode bom kebaboooom. But you know.. Sometimes when I feel like that, my heart start to ask me. "Siapa bagi kekuatan?". And the answer must be, "Allah...". Masa tu rasa macam, Allahu Allah.. Dia ada untuk aku. Dia sentiasa ada di samping aku. Allah.. Tips hebat untuk dikongsi bersama, aha. Andai rasa diri kita lemah, just say "Allah" in your heart deeply, masa tu jangan pikir apa dah, just think about Him, and surely the feeling of pleasure dan rasa legaaaa tu akan datang drop by drop (eh, ada ke ayat tu? -.-). Percayaaaalah. :)

-di draftkan sejak beberapa minggu yang lepas, harini baru sempat nak update.

Tuesday, November 13, 2012

An-Nahl:12

Allahu Allah..

Apa yang dia rasakan sekarang adalah sepertinya hendak jatuh berguling-guling dari atas bukit, rasa nak menangis sekuat hati, rasa nak larikan diri dari dunia nyata.

Tapi..tapi..tapi..

Allah ketuk hati dia bila dia baca satu ayat Dia yang Super Extra Power dan penuuuuuh dengan kasih sayang-Nya, yang bermaksud..

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintah-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti."   (Surah an-Nahl : 12)

Allahu Allah, terus berderai air mata dia bila baca ayat tu. Tersentak. Sebak. Kerana dia tahu banyak sungguh nikmat dan rahmat Allah yang Allah bagi pada dia dan makhluk-makhluk Dia yang lain. Allah sentiasa ada untuk dia. Allah sentiasa memantau pergerakan dia. Allah dah susun yang terbaiiiiiiiiiiiiiiiiik untuk dia. Terus dia lap air mata, bangkit dari spiritnya yang sebelum ini lembik dan lemah, dia mahu loloskan diri dari memikirkan masalahnya yang hanya sekecil semut api sahaja jika dibandingkan dengan rahmat Allah yang begitu luaaaaaaaaaaas infinity-nya; untuk terus mara ke hadapan, buat apa yang dia mampu & yang terbaik demi Rabb-Nya.

Dan dia berbisik dalam sepi kepada Sang Pencipta.."Terima kasih Ya Allah..:')"

Sunday, November 11, 2012

Santapan Pagi

Wahai UK,
Jangan mudah terpedaya dengan usia lapang yang kau ada,
Jangan tangguh-tangguh buat kerja,
Banyak amanah yang sedang menanti untuk dilunaskan,
Jangan pernah mimpi inginkan kerehatan andai tugas dan tanggungjawabmu belum diselesaikan,
Ingat, syurga adalah tempat istirehat kita yang sebenar,
Sabarlah wahai diri,
Berjuanglah dan berkorbanlah habis-habisan hingga kau layak dan seronok merasa manisnya sebuah perjuangan itu.

------------------------

Andai diri rasa mahu tergelincir, cepat-cepat paut dan doa pada Ilahi sekuat hati agar diberi kekuatan diri.
Allah itu Maha Kuat.

Thursday, November 1, 2012

calling calling

ukhti HU!
JZKK atas call awak tadi.
sempat lagi call atas airplane, sabar jelah. hehe.
moga terus kuat&istiqamah, insyaAllah.

& jzkk atas reminder awak yg simple je tadi tapi cukup berkesan *thumbs up*
"start assignment baca bismillah ya.." ouh, cukup terkena, hihi.
"belajar niat lillahi ta'ala.." :)
*ayat tu saya edit sikit ya, he*
terus rasa semangat nak belajar malam ni lepas awak call, hee.
barakillah ya ukhti (less than 3, hehe) :')

may Allah protect u always :)

Sunday, October 28, 2012

Korban Masa

Bismillah.

----------------------------------------------------------------------------

"Alamakkkk, banyaknya assignment kena buat. Tensionnyaa."

"Ya Allah, sempat ka aku nak siapkan semua kerja nih?"

Cuti raya dan cuti semester pun ada assignment yang kena dilangsaikan. Hoho.

Oh ya, sebelum tu,

SELAMAT HARI RAYA ADHA!
MAAF ZAHIR BATIN.
KULLU 'AMIN WA ANTUM BIKHEIR.

:)

Ok, sambung balik.

Cuti bagi seorang pelajar universiti mesti sinonim dengan perkataan assignment, kan? 

#Assignment, preparation untuk Quiz, test, midterm exam, bla3.

google
Sebenarnya, kalau kita susun dan plan time management kita time cuti-cuti ni, insyaAllah semuanya sempat kita buat. :) Plus, jaga hubungan kita dengan Allahu Ta'ala.

Tak perlu tension-tension bila buat assignment. Anggap je masa kita tengah siapkan assignment tu, Allah dah sediakan bergunung-gunung pahala untuk kita yang sedang mencari dan menuntut ilmu hanya kerana-Nya. Jangan pernah sesekali rasa terdesak atau terpaksa bila kita tengah study sebab itu akan membantutkan mood kita untuk belajar. Serius cakap. Kita kena setting niat kita baik-baik. Aku study bukan untuk exam sahaja, tapi untuk raih redha Dia. Kalau takat nak dapat CGPA 4.0 , 5.0 , 6.0, tak payahlah. Redha Allah itu yang paling penting. Bila kita letak redha Allah sebagai matlamat utama, secara automatiknya mestilah kita nak buat yang terbaik, kan ? ;)

Kalau rasa tension, stres yang terlampau nak siapkan assignment, jom kita revise balik 1 ayat cinta Allah untuk kita,

 "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28)

Senyum tiga.

Ingat, Allah sentiasa ada dengan kita.

Kalau stres, doa dan solatlah. Mengadu pada Dia dengan penuh keSUNGGUHan. Sesungguhnya Allah amat amat amaaaatlah suka hamba-Nya berdoa pada Dia. InsyaAllah Dia akan salurkan sumber kekuatan dan cas-cas positif dalam diri kita dengan mengingati Dia :)

tumblr
Oh ya, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak, keluargamu juga mempunyai hak.."

Dan Hassan al Banna juga pernah berwasiat bahawa sebenarnya pekerjaan itu / tanggungjawab itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia.

Jadi, relax-relaxkan lah sedikit badan kita bila dah sehari suntuk kita siapkan assignment. Badan pun ada haknya. Dia perlukan rehat. :) Oh, dan family kita pun ada haknya ya. Kalau mak panggil minta tolong kat dapur tu, tolong-tolonglah ya, hehe. Atau adik tanya kerja sekolah ke apa ke. :)

Dan persiapkanlah tugasan kita dengan secepatnya dan berkesan. Jangan bertangguh-tangguh kerana ia hanya akan merugikan kita sahaja. Percayalah! (Oh sila terasa wahai empunya blog!)

tumblr
                                                 
Jadi, selamat bergelumang dengan assignment-assignment anda dengan penuh berdedikasi!

Moga Allah redha dan pandang usaha kita yang kecil ini, insyaAllah.

Wallahu'alam.

Fii amanillah.

P/s : sebenarnya tengah nak kumpul semangat nak siapkan assignment yang tak disentuh langsung lagi, hehe. Segala post di atas adalah untuk diri sendiri. Sila terasa wahai diri!

Saturday, October 13, 2012

Kerana Tiket

Bismillah.

Hari ini, banyak belajar bersabar. Sabar. Dan sabar. :)
Alhamdulillah.
Allah bagi ujian aka cabaran. Dan saya amat suka. :D

Ujiannya tak sehebat mana seperti yang pernah dihadapi sahabat-sahabat Rasulullah SAW satu ketika dahulu, tak sekuat saudara semuslim kita yang sedang menghadapi krisis kebuluran di Ethiopia, tak selantang apa yang dihadapi oleh mereka di Syria, Rohingya dan Palestin.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."
(Surah al-Baqarah : 286)

Tapi, itulah, Allah uji hamba-Nya berdasarkan tahap kemampuan kita. Mungkin satu kita hari nanti kita juga akan hadapi benda yang sama macam apa yang saudara semuslim kita? Sudahkah kita bersedia? Tepuk dada tanya iman. Allahu Allah.

"Kadang-kadang Allah uji kita, supaya kita jadi lebih matang." (Kak Sikin)

Kadang-kadang Allah uji kita supaya ukhuwah antara kita lebih erat. :)

Apa yang pasti, setiap ujian, musibah, cabaran yang Allah berikan tu, itu maknanya Allah sayaaang kita sangaaaat, supaya kita jadi hamba-Nya yang lebih kuat! Dan juga untuk uji level iman kita. :)

Ubahlah dari perkataan, "Ah, susahnya! Kenapa? Kenapa aku yang kena terima benda ni? Why must me? -.-"
kepada..
"Allahu Allah, sabar ya wahai diri. Allah sedang menguji. Allah sedang melihat kita. Dia sentiasa dekaaaaat dengan kita. Senyum senyum dan senyum! :))"

Wallahu'alam.


Cerita sikit : Harini ambil tiket balik raya haji kat seremban! banyak pengajaran yang aku dapat :) alhamdulillah. jazakumullahu khairan kathir pada sahabat-sahabat yang sudi meneman :) Setiap ujian yang Allah berikan itu pasti ada hikmahnya. Moga kita sama-sama terus kuat dan istiqamah. insyaAllah.

Saturday, October 6, 2012

terkesan

Aku datang ke sini bukan untuk bermain-main.
Aku datang ke sini bukan untuk bersuka-suka.
Aku datang ke sini dengan satu tujuan.
Untuk raih redha Allah.
Aku tak nak ulangi kesilapan yang lalu.
Aku nak jadi seorang manusia yang lebih baik.
Aku nak jadi anak yang lebih solehah.
Aku nak belajar erti kehidupan yang sebenar.
Aku nak cari dan gali erti dakwah yang sebenar.
InsyaAllah.
Allah, ku pohon kekuatan dari-Mu.
Andai mati itu lebih baik bagi diriku dan ummah, maka matikanlah aku.
Andai kehidupan itu lebih baik buat diriku, maka ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang Kau berikan.
Amin.

Saturday, September 29, 2012

empat cerita

SATU : iCeps

"Berniaga itu adalah jihad sebenarnya."

Hari ini dengar talk pasal keusahawanan kat Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM). Best. Rasa tertarik dengan sharing 2 Ustaz, alumni USIM.

Salah seorang ustaz kata , selagi dia masih hidup dan bernafas di muka bumi, dia akan cuba beri seberapa banyak sumbangan untuk Islam. MasyaALlah, haybat.

Dan Saidatina Khadijah pernah berkata, "Jika tulang aku ini laku untuk Islam, akan aku jualkannya."

"Business is about patience."

Kalau kita nak dengar cakap orang lain, sampai bila kan? Jadi, pedulikan apa yang orang nak kata. Kita kena yakin dengan apa yang kita buat ini adalah selari dengan apa yang Allah perintahkan. Jadi, apa yang perlu dirisaukan lagi? :)


DUA : Munazarah

"Alhammasah min quluubikum."

"Masa SPM dulu, saya bukannya dapat A pun, tapi bila saya masuk USIM, masuk munazarah, alhamdulillah, Bahasa Arab saya makin elok. Dari munazarah ni lah, saya belajar banyak muraadif etc etc. Nak pandai cakap Arab ni atau dalam segala benda pun yang kita buat, semuanya bergantung pada juhud (kesungguhan) kamu. Saya tak dapat bantu kamu tapi hanya kamulah yang boleh bantu diri sendiri. Jadi, mulai sekarang, saya nak kamu semua, bila bercakap, cakaplah dengan hammasah, yang datang daripada HATI kamu. Bukan hanya sekadar dari teks sahaja."

InsyaAllah Ustaz.


TIGA : Bicara Siswi

Tajuk Forum : "Lembutnya Hati Seorang Wanita." Panelis : Ustazah Asni (Pendakwah Bebas) & Ustazah Nabilah (Pensyarah FSU)

Makna lembut itu amat subjektif.


Kelembutan sebenar yang kita cari ialah AKHLAK. Bukan hanya pada perwatakan sahaja, tapi pada sifat SABARnya.

Lembut itu letaknya di hati. Mungkin seseorang wanita itu kelihatan kasar perwatakannya di luar, tapi sebenarnya terselit juga kelembutan dalam dirinya. (Setuju sangat)

3 Syarat seorang wanita boleh masuk syurga :
-Taat perintah Allah
-Taat pada suami
-Jaga kehormatan diri

Antara srikandi Islam yang boleh kita teladani : Saidatina Khadijah bt Khuwailid, Aishah bt Abu Bakar, Zinnirah dan Rabiatul Adawiyah.

Hamka kata : Kecantikan seseorang bergantung pada keelokan adab dan ketinggian ilmu.

Wallahu'alam.

EMPAT : Fly

Kepada sahabat-sahabat yang ana cintai kerana Allah yang sudah fly ke negara Arab untuk meneruskan perjuangan study :).. Ukhti Atifah, Syukriah, Amalina Zulkifli, Nisak Zainal dan Isna Akhida; ana ucapkan, selamat berjuang! Moga Allah merahmati dan meredhai kalian. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat bergantung. Moga kita sama-sama dapat buat yang terbaik supaya dapat beri sumbangan untuk ummah suatu hari nanti, insyaALlah!




p/s: kepada ukhti eR, harap awak rasa puas hati ya. ni je yang sempat ana kongsikan, hee. insyaALlah, ada masa, ana update lagi. :)


Monday, September 24, 2012

special

Rindu kompleks Al-Hidayah Ipoh Perak dan seisinyaaaaaa :')
May Allah bless us always.
Hehe.

Friday, September 14, 2012

Kisah mereka

Ada kawan yang tiada ibu sejak 6 tahun yang lepas.
Ada kawan yang tiada bapa; meninggal dunia masa dia tengah ambil first exam STAM.
Ada kawan yang punyai 11 beradik.
Ada kawan yang ibunya cleaner di sekolahnya dahulu.
Ada kawan yang bapanya seorang buruh.
Aku punya keluarga yang boleh dikatakan "sempurna".
Ekonomi keluraga boleh dikategorikan sebagai baik.
Tapi pernahkah selama ini aku bersyukur?
Dengan erti syukur yang sebenar kepada Allahu Taala?
Kelas ini beri aku banyak pengajaran.
Walau terukir segaris hatta sejuta kegembiraan dan ketenangan di setiap wajah mereka pun.
Namun terselit satu kisah duka yang hanya Allah dan mereka saja tahu.
Moga ukhuwah yang baru disulam.
Akan kekal simpulannya hingga ke akhirat insyaAllah.
Setiap insan punya kelebihan dan kelemahan.
Maka ayuh kita sama-sama saling melengkapi diri.
Demi ummah kita.
InsyaAllah.


11.27 malam,
13 September 2012,
Kolej SI.

Tuesday, September 4, 2012

First Entry @ Usim

Bismillah.

Dah pukul 12.28 malam.
Tak tidur lagi sebab rasa nak share sesuatu.
Hmm.

Alhamdulillah, rasa tak sabar nak belajar!
Sebak pun ada sebab kat USIM ni, suasana dia "lain".
Teringat pesan Dekan Fakulti Pengajian Quran&Sunnah supaya sentiasa maintain-kan CGPA setiap semester. Tak boleh nak main-main dah. Sekarang ni bukan macam sekolah dah. Semua kena buat sendiri. Yang best-nya ada pensyarah dari luar negara! Keehee. Ada yang dari Afghanistan, Syria, Thailand, Indonesia. :) MasyaAllah, kerana Ilmu, kita bersatu.

Alhamdulillah, kat sini ramai jumpa kawan lama balik. :) Seronok. Tapi, kawan-kawan kat Palam still takkan dilupakan, inshaAllah. Hehe. *Rindulah*

Satu lagi, housemate saya orang Kelantan. Hehe, bolehla lepah ni belajo kecek kelate denge dio. :P teehee.
Siap tulis translation lagi dalam buku, haha. Orang Kelate kat sini ramai belaka, jadi rasa macam rugi pulok kan kalau tak belajar dengan diaorang. ;) Bolehlah tambah kenalan & rapatkan ukhuwwah sekali. :)

Hm, InsyaAllah, saya yakin Allah dah tentukan yang terbaik untuk saya, iaitu untuk berada dalam bidang ini. InsyaAllah saya akan cuba usaha yang terbaik dan akan semaikan roh jihad dan ijtihad dalam diri ni untuk teruskan perjuangan! InsyaAllah. Rasa sebak sebab macam dapat rasa yang Allah suruh kita ambil bidang ni supaya kita tak tersasar jauh daripada Dia. Allah tahu kekuatan hamba Dia takat mana, huhu. T_T
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. :)

Kawan-kawan, tolong doakan saya, ya? :)
Jazakumullahu khairan kathira :)
May Allah bless us always.
Wsalam.

P/s: macam tak percaya dah amik degree -.- rasa tak matang lagi..errr

Thursday, August 30, 2012

Warkah

Bismillah.
Satu haribulan sembilan dua ribu dua belas!
InshaAllah akan meneruskan perjuangan di jalan-Nya.
Moga Allah redha.

USIM.
Bakal meneruskan kehidupan di sana selama empat tahun.
Ulang suara : EMPAT TAHUN!
Moga dapatku gali seberapa banyak ilmu di sana.
dan dapat menyebarkannya ke serata alam.
InshaAllah.

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah.
Anis, Mimi, Maryam, Amnah, Amni, Emira, Seha, Wani, Zie, Nas, Zarith, Shud, Husna, Syafiqa, Nisa B8, Nabilah dan semuaanyaaaaa yang saya kenal di UiTM Puncak Alam & Kompleks Al-Hidayah, Ipoh.
Semoga kita SEMUA berjaya dalam bidang masing-masing inshaAllah.
Kejayaan yang kita nak bukan hanya pada segulung ijazah sahaja.
Tapi juga menjadi hamba Allah dan khalifah yang terbaik di sisi-Nya inshaAllah.

Pesan Ummi Ina.
Istiqamah selalu.
Jaga solat tahajud, qiyamullail.
Bangun pagi, terus baca al-ma'thurat & al-Quran.
Solat Dhuha jangan dilupa.
Put Allah in your heart always.
Jzkk Ummi Ina.

Jadi.
Selamat berjaya dan selamat berjuang!
Moga Allah sentiasa merahmati kita.
InshaAllah.

P/s : Doakan kejayaan kami ya ;) Jzkk


Tuesday, August 21, 2012

Nyum nyum

Eid mubarak semua :) Taqabbalallahu minna wa minkum :)

----------------------------------------------------------

InsyaALLAH, nak kongsi dua buah buku yang amat-amat-amat-lah best dan osem untuk dibaca :)

Pertama ; Biografi Muhammad bin Abdullah (Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman)

Kedua ; Imam-imam Yang Benar (Abdul Latip Talib)

Secara seriusnya, buku-buku tersebut amatlah seronok untuk dibaca oleh seisi keluarga.

Kadang-kadang tu, bila baca buku pertama, senyum je sorang-sorang, sebak sorang-sorang, sebab penulis tu ceritakan pasal kisah Rasulullah S.A.W tu simple je tapi menusuk kalbu. Itu yang osem tu. :)

Buku Imam-imam Yang Benar pula ada 4 Kisah Imam-Imam Mazhab ; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Baru baca kisah Imam Abu Hanifah, besssttttttt, rasa macam tengah hidup zaman Imam Abu Hanifah je bila baca buku tu :) Banyak pengajaran dan teladan yang dapat, Alhamdulillah.

Emm, harga buku itu tak kisahlah berapa kan..Kalau sanggup beli iPad, handset beratus ringgit, jam tangan beratus ringgit, apalah nak dibandingkan dengan ilmu kan? Hehehe. Asalkan dapat ilmu&pengajaran supaya dapat kita amalkan, insyaAllah. Apa lagi yang nak dibawa ke kubur, melainkan ilmu yang diamalkan? :)

Emm, kalau orang Ipoh nak beli buku ni, boleh cari Bank Islam kat pekan nun. Ada seorang pakcik ni ada jual kat depan bank/ halaman bank -.-

Wallahu'alam.

Credit
credit
*lagi 10 hari je,insyaAllah...

Tuesday, August 14, 2012

random

janganlah menyimpan dendam pada orang lain sebelum kita melelapkan mata. :)
inshaAllah hati akan rasa tenang dan sentiasa diredhai-Nya.

Tuesday, July 31, 2012

Khabbab bin Arat

Khabbab bin Arat adalah salah seorang yang teruk diazab oleh Quraisy. Pernah suatu masa pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab, dalam sebuah majlis, Umar bersama sahabat-sahabatnya bertanya kepada Khabbab. "Apakah azab yang paling teruk kamu lalui?"

Khabbab berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tidak pernah aku alami azab yang seteruk ini." Dia membuka belakangnya.

Di belakang Khabbab, dari atas sampai ke bawah, ada lubang-lubang hitam kesan terbakar, Khalifah Umar terkejut melihatnya.

Khabbab berkata, "Wahai Amirul Mukminin, ketika itu Quraisy mengambil batu-batu dan membakarnya hingga merah menyala. Mereka membuka pakaianku dan menyeretku di atas batu-batu yang menyala ini."

Selepas diseksa begitu, Khabbab datang berjumpa dengan Muhammad sambil menangis menahan azab. Dia diseret dari kaki tanpa baju di atas batu-batu yang menyala. Khabbab datang berjumpa Muhammad yang sedang duduk di Kaabah.

Khabbab berkata, "Wahai pesuruh ALlah, Quraisy mengazab kami." Lalu ditunjukkan kepada Muhammad apa yang dibuat oleh orang kafir kepadanya. " Wahai pesuruh ALlah, berdoalah untuk kami, mohonlah bantuan dan kemenangan untuk kita." Khabbab meminta Muhammad berdoa supaya Allah segera menangkan Islam.

Muhammad berkata, "Wahai Khabbab, pejuang sebelum kita iaitu para nabi, ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya. Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi. Namun semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikit pun dari agamanya dan daripada keyakinannya. Wahai Khabbab, demi Allah, Allah akan memenangkan agama ini. Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sana' sampai Hadramaut. Tidak ada yang dia takut melainkan Allah, aman perjalanannya, tetapi kamu semua mahukan kemenangan yang segera.

Petikan dari bahagian : Quraisy Menyeksa Orang Islam dalam buku Biografi Muhammad bin Abdullah keluaran PTS.

Teringat saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya. Mereka diseksa seteruk Khabbab bin Arat atau mungkin lebih teruk seksaannya. Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada mereka. Janji Allah itu benar, suatu hari nanti insyaAllah Islam pasti menang.

Mungkin kita tidak diuji seperti saudara kita di sana, tapi pasti Allah uji kita dengan benda yang setimpal dengan kita. Ujian kekayaan? Ujian kebahagiaan? Kemewahan? Banyak ujiannya.

Jangan pernah leka dengan kesenangan yang ada. Moga kita terus tsabat dan istiqamah dalam berpegang kepada Allah, insyaAllah.

Kalau aku jatuh, tolong, hulurkan tanganmu untuk bantu sahabatmu ini.

:)

Sunday, July 29, 2012

uwais

sanah helwah uwais alQarni.
moga menjadi hamba ALLAH yang soleh dan hafiz muda yang bertaqwa, inshaAllah.

kalau pandang budak-budak tahfiz ni, rasa nak nangis pun ada. sebab betapa jernihnya air muka mereka. ya Allah, macam nampak nur-Nya. Allah..
bila hati sentiasa diisi dengan mengingati Tuhan yang Esa, Allah, inshaAllah hati kan tenang, jiwa rasa bersih.

Ya Allah, sucikanlah hati dan jiwa kami, amin.

kanan gambar : uwais alQarni
kiri gambar : afif irfan
T_T
rindu diaorang (adik2 tahfiz albarakah kota pagar). may Allah protect us always.

Friday, July 27, 2012

Vid : Ramadhan!

2video yang best :) pasal ramadhan :)



ramadhan kareem

Wednesday, July 25, 2012

Cinta?

Bismillah.

Tiba-tiba, teringat balik masa join program Kembara Dakwah kat Sabah tahun 2011 lepas. Ada seorang pakcik ni yang aku kagumi dan hormati sebab pengorbanan dan pengalaman beliau yang amat mahal. Pakcik ini sanggup berulang-alik dari rumahnya ke sebuah kampung yang penduduknya rata-rata bukan Muslim, melalui jalan yang berbukit-bukau (yang pernah kami lalui dan mungkin keadaan jalan dulu-dulu jauh berbeza; jalan tak bertar, dan perjalanannya adalah lebih jauh daripada apa yang kami lalui. Dahlah curam!), semata-mata untuk sampaikan dan kongsikan tentang kecantikan dan keindahan Islam kepada penduduk-penduduk kampung tu. Hebatnya pakcik tu. MasyaAllah. Alhamdulillah, sekarang ni, penduduk kampung tu majoriti adalah Muslim, cuma pengamalannya/praktisnya Islam itu kurang sedikit kerana tenaga murabbi yang kurang. Maka, ayuh sama-sama persiapkan diri dengan mantap untuk membantu dan menyebarkan Islam di sana! Dan juga di mana sahaja. ;) InshaAllah.

*Itulah, bila kita ada rasa cinta itu, kita akan sanggup berkorban apa-apa pun. Sebab, cinta itu kan perlukan pengorbanan! Tapi pastikan cinta itu ke arah yang benar ya!*

"Da'ie adalah individu yang penuh pengorbanan, kesabaran dan sentiasa bergerak menggenggam al-Haq."

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (at-Taubah:111)


*emm, kalau kita cinta diri kita dan cinta pada Allah, kita kenalah kuat untuk berkorban; lawan jahiliyah dalam diri kita, supaya kita jadi muslim yang lebih baik, inshaAllah :) *








Friday, July 20, 2012

target

Nak sambung belajar kat Mesir/Syria/Jordan satu hari nanti, inshaAllah!


Masa

"Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya mengenai lima perkara : UMURNYA untuk apa dihabiskan, masa MUDANYA untuk apa dihabiskan, HARTANYA dari mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut, dan sudahkah berAMAL terhadap ILMU yang telah ia ketahui."
(Riwayat al-Tirmizi no 2340)

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Al-'Asr 103:1-3)

Tuesday, July 17, 2012

Nota Pelekat

Bacalah al-Quran dan carilah hatimu.

Orang Mukmin akan selalu bersemangat nak jadi baik! 
Bersusah di dunia, bersenang di akhirat!


Waktu di dunia ni, jangan berkira dengan Allah (contoh: waktu untuk berzikir)
Cari dan luangkan masa untuk Allah sebab kita nak redha Dia.

If kita banyak minta ampun pada Allah, kita akan rasa Allah tolong kita. 

Macam mana nak khusyuk?
1. Kurangkan maksiat (dosa kurang, hati bersinar)
2. Ingatkan hari kiamat, syurga, neraka
3. Sayangi manusia (maafkan orang lain)

UmmuAtifah 2012 :)

Saturday, July 14, 2012

Syukur Alhamdulillah

Ayah : Haa, ni haa, keputusannya.
Lala : Aaa, okay.
Ayah : Tahniah!
Lala : Hmm..(Alhamdulillah *mata bersinar-sinar)
Ayah : Anda berjaya..
Lala : Hmm..
Ayah : Ditawarkan pengajian..
Lala : Hmm.. hmm..(sabar..sabar)
Ayah : Sarjana Muda Pengajian..
Lala : Haaa..aa aaa..(mata terlebih bersinar sampai membulat-bulat besar)
Ayah : Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian, di USIM.
Lala : Ahhh, alhamdulillahhhhh (sebak)

Letak telefon, terus sujud syukur.

Begitulah. semalam si ayah bacakan keputusan UPU untuk degree si anak melalui phone call. seronok.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
Moga ini adalah yang terbaik untuk si anak dan ummah, insyaAllah.

Dari bidang sains, terus terjun ke aliran sastera. 
Tapi memang dalam hati, si anak amat percaya, bahawa inilah yang dia inginkan dan inilah yang terbaik Allah dah berikan untuk dia.

Mohon doakan untuk si anak supaya dia dapat menjadi pelajar yang excellent dalam bidangnya dan mumtaz dalam kehidupannya di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Just remember, Allah is always with us. Minta pada Dia, dengan rintihan dengan rendah hati, Dia akan sentiasa Setia mendengar rintihan keluhan kita.

Fii amanillah.




Wednesday, July 11, 2012

Chewing Gum


I just love the sounds or the brrrr of guitars.
Tak boleh tahan tengok orang main gitar, rasa macam nak main je even tak reti. -.-'
Especially electric guitar tu.
It sounds amazing, masyaAllah.
Tapi, saya kena berpada-pada juga untuk dengar orang main gitar ni. :(
Kena pastikan saya tak langgar hak-hak saya sebagai hambaNya.
Saya tak boleh lalai.
Kena bersederhana.
Saya pernah rasa bila diri saya tidak bersederhana.
Rasa diri terlampau teruk.
Astaghfirullah.
Rasa nak benamkan diri ke dalam tanah sedalam-dalamnya sampai orang tak nampak saya.
Rasulullah S.A.W. sendiri pernah cakap dosa itu adalah sesuatu yang menyebabkan kita rasa gelisah dan tak nak orang lain tahu. Kan?
Ya, ketika itu saya rasa macam itu.
Gelisah tak tentu pasal takut orang lain tengok kita tengah masyuk layan lagu rock.
Tapi, saya terkesan dengan penulisan kat majalah JOM! edisi 03 (terima kasih krew-krew JOM!). Ada satu ketika tu penulis dia cakap, kalau depan orang ramai, berdakwah pada orang ramai bagai singaaa, tapi bila ballik rumah, malam-malam, menangis depan laptop, sebab apa? sebab layan movie-movie korea etc. Astaghfirullah. Saya terasa. 
Dan macam-macam kita bagi alasan bila kita nak dengar satu-satu lagu tu. Contohnya lagu cinta. Senang-senang je kita cakap, alah, kita salurkan lagu ni kepada Allah, cinta kepada Allah. Dan seterusnya. Begitulah manusia. Sering mereka cipta pelbagai alasan untuk memuaskan keinginannya. Sekali lagi diri saya terasa. 
Ya, berubah itu memang payah. Tapi percayalah, Allah sentiasa ada di sisi kita, Dia yang beri kekuatan kepada kita. Jadi mintalah pada Dia. Nak buang karat jahiliyah ni memang ambil masa, tapi kalau kita bertekad dengan bersungguh-sungguh & buat kerana Allah semata-mata, dan melakukan perubahan sedikit demi sedikit disertai dengan istiqamah, insyaAllah, Allah akan bantu kita.
Jahiliyah itu umpama chewing gum yang melekat di tapak kasut kaki kita. ewww. Ya, begitulah. Pada mulanya, bila kita nak tanggalkan dan campak jauh-jauh, memang agak sukar dan mengambil masa untuk hilangkan kesan lukisan chewing gum itu pada kasut kita, tapi insyaAllah lama-lama ia akan hilang juga, kan? Asalkan kita berusaha untuk buang benda alah itu! Takkanlah nak biarkan sahaja ia melekat kat kita kan?
Begitulah.
Moga, kita sama-sama dapat perhebatkan diri kita sebagai 'abid Allah dan khalifah-Nya. InsyaAllah.
Uhibbukum fillah.
Fii amanillah.
P.s : Kebanyakan intipati yang dikongsikan, saya muntahkan balik dari pembacaan majalah JOM! edisi ke-03. (Aku Mahu Bebas Jahiliyah!)
jom cari redha ilahi! ;)


Alhamdulillah.

Sunday, July 8, 2012

birthday si dia ;)

Bismillah.

Kepada Nur Amirah Emira, sahabat baik dan manis yang saya kenal di UiTM Puncak Alam.
Sanah Helwah saya ucapkan untuk awak!
Maaf sebab lambat wish 1 hari! Huhu.
Takpelah, lain kali sikit daripada orang lain kan, hehe.
Moga Allah berkati, sayangi, rahmati, lindungi, guide u dalam setiap detik kehidupan awak insyaAllah.
Istiqamah selalu :)
Sayaaaang awak kerana Allah!

keychain dari korea!:)
p.s : emira, sorry ya tak da hadiah, hehe. 

Monday, June 25, 2012

yakin!

Bismillah.

-------------------------------------

Pada suatu petang yang mendamaikan.

Laila : Emak.. macamana nak jadi seorang yg berkeyakinan eh? Kadang-kadang tu rasa macam tak confidentla bila nak jumpa ramai orang, cakap kat depan, rasa malu lah..itu lah..inilah.. macamana ya mak? :(

Emak : Senang jeee.. banyakkan baca al-Quran, dekatkan diri dengan Allah.. insyaAllah hati akan rasa kuat dan confident tu akan datang dalam diri kita dengan izin Allah.. cuma sekarang ni ramai dah tak buat..rugi.. program motivasi kursus dan seangkatan dengannya, semuanya hanya bantu naikkan keyakinan kita tu berapa percent je.. paling penting, sentiasa dekatkan diri denganNya, buatlah perkara yang Allah suka dan diredhai-Nya, insyaAllah dia akan bantu kita..

Laila : Ohh, a ah lah mak.. terima kasih mak sebab ingatkan laila.. huhu.. ahh, a ahla, baru laila teringat kisah-kisah sejarah dunia islam yang lalu. contoh, macam mana kejayaan sultan muhammad alfateh dapat bukak kota constantinople tu dalam usia yang muda! dalam usia 20-an gitu. apa rahsianya.. rahsianya dia tak pernah tinggalkan solat tahajjud since dia akil baligh..masyaAllah..*uhh, terkena batang idung sendiri, faham2 jelah ye, huhu* seee?semuanya relate dengan hubungan kita dengan pencipta kita, Allah. :) dengan kisah salahuddin al-ayyubi, kisah khalifah, aiseyhh, banyaklah lagi, ehhe..best tau kaji tentang sejarah and sirah sahabat semua, tak rugiii ;) *ok, banyak lagi kena teroka dan "menelan+menghadam" kisah-kisah hebat terdahulu utk boost-kan tahap keconfidentan!*

Dan! Allah sendiri dah bagitahu yang..
"....hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (surah ar-Ra'd ayat 28).
Bila hati tenang barulah kita akan rasa lagi confideennnttttt..kannn? :D
Jom sama-sama hebatkan diri kuatkan iman hanya kerana-Nya, insyaAllah!

be confident, my girl! ;D
credit to : tumblr

p/s : tahniah buat Dr. Muhammad Mursi :) nah, ucapan pertama beliau, Presiden Dr. Muhammad Mursi, yang mana ia adalah ucapan yg sama apabila Abu Bakar r.a menjadi khalifah. Allahu Akbar!

"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Moga Allah permudahkan segalanya, Amin.






"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (47:7)


Sunday, June 24, 2012

cekodok pisang+durian

Rasa nak mengasingkan diri dari dunia maya untuk beberapa ketika.
Ceh. Ada aku kesah?
----------------------------------------------------

Bismillah. Assalamualaikum. 

Tadi baru dapat buku dari Mr. Azhari! Minta dia belikan, terima kasih pakcik! :P

Novel Bisik dengan Contengan Jalanan.
Teringin nak baca novel Bisik sebab cekgu akmar yang cadangkan kat blog beliau. Macam best je. ;)
P/s : terima kasih cikgu, hee.

owh, novel awang vampiro tu best jugak! ;)
Cuti ada lagi lebih kurang 2 bulan, makanya akan ku perabihkan waktu-waktu yang berharga ini dengan sebaiknya, insyaAllah.

Mungkin akan mengkhatamkan segala buku yang ada kat rumah ni atau mungkin pergi "berjalan-jalan" di Perak untuk "bekerja". ;D
P/s : Jangan khatam buku ja, khatamkan al-Quran sekali ya (sekali dengan tadabbur)! Ehe.
Oh, dan juga mungkin akan terus bekerja di kampung, insyaAllah. Best kerja kat kampung! Boleh explore kampung, mandi sungai yang sejuk, huhu, boleh main basikal, main dengan budak-budak dan part yang paling bestnya , automatic akan bangun awal pagi kat kampung dan rasa tak nak tidur dah lepas subuh/ pagi-pagi tu, sebab rasa macam rugi. Wahh, rugi? A ah rugi, sebab ada banyak lagi benda yang Allah cipta yang boleh kita explore dan perhatikan. ;) 
P/s : sebenarnya tak kesah lah kat kampung ke kat bandar ke jangan tido lepas subuh ya, hehe. Banyak sangat kelebihannya TAK tido pagi.
Kampung Sweet Kampung :D
Ahh, sekarang kita dalam bulan Sya'aban kan? Lagi berapa hari je nak masuk Ramadhan. Jom siap-siapkan diri untuk Ramadhan kali ini! ;) Allahumma ballighna ramadhan, amin.
Btw, boleh baca post seorang sahabat baik saya kat sini (CikManis) pasal Ramadhan yang bakal menjelma!
Macam kawan saya kata, Ramadhan patutnya lebih meriah daripada hari raya. ;)

May Allah bless and guide us always, insyaAllah.
Fii amanillah.

Nama tajuk takde kaitan langsung dengan post nya, ehe. maaf ye kalau anda sedang mencari resipi cekodok. teehee.

Tuesday, June 19, 2012

sel

Surah al-A'raf ayat 177 - 188

Taujih :

hadis 40 imam nawawi : hadis pertama

dunia ini hanya sementara. kembalikan niat kita kepada Allah. kadang-kadang kita terleka dengan nikmat dunia.

sebelum subuh, bangun awal, janganlah terus buka fb twitter, tapi bukalah mata tu dengan membaca ayat-ayat Allah, at least 2-3 potong ayat kita. hari akan lebih indah bila dimulai dengan ayat-ayat Allah.

banyakkan berzikir, baca al-Quran, insyaAllah Allah akan bantu hambaNya. kalau ada masa lapang, isikanlah ia dengan benda yang baik.

--------------------------------------------------------------


 infakkan , sedekah kita akan datang bentuk lembaga di akhirat untuk membantu

kita nak kebaikan tu mengalir dalam cara yang terarah dan dapat memberi impak yang besar kepada ummah.

Asbabun nuzul ayat 175, surah al-A'raf

ALLAH akan meminta kesaksian dari sel-sel kita dan semuanya. Suka atau tidak, sebenarnya kita dah janji dengan Allah, Allah adalah rabb kita, Allah pencipta kita. Bila dah besar kita mula lalai, dan tidak sedar bila kita buat maksiat pada Allah, tanpa rasa malu buat maksiat, mengata nista pada orang lain, buat kezaliman.

bila dibaca ayat Allah, akan gementarlah hatinya, dan bertambah keimanan itu, itulah dia orang beriman yang sebenar-benarnya.

golongan 'ibadullah : tidak mengingkari perintah Allah, boleh ambil air di syurga berapa banyak yang disukai

pertolongan Allah akan datang bila kita dah putus asa dengan pertolongan manusia. kita kena yakin dengan janji Allah. 

- sebahagian daripada nota kaki tym kuliah baitul muslim fasa 1 bersama ummuatifah ;) -
fii amanillah.


















Sunday, June 17, 2012

atok

saya rindu arwah atok. walaupun tak pernah jumpa, hanya dapat tengok dari gambar-gambar lama je, tapi saya tetap rasa kehadiran dia. saya kenal atok dari kisah-kisah yang mak sampaikan. saya sayang atok. mohon sedekahkan al-fatihah untuk arwah atok saya, boleh? jazakumullahu khairan kathira.

setiap yang hidup pasti akan mati. moga kita sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadap Allah, insyaAllah.

atok meninggal dunia selepas beberapa hari kakak saya dilahirkan, tahun 1992.

Saturday, June 9, 2012

umma

mak pesan, jangan gaduh dengan adik-beradik. tak elok. bila dah kahwin dah berkeluarga, jangan lupa sentiasa  saling menziarahi, tanya khabar semua. jangan nak salahkan orang lain, sama-sama tolong-menolong apa-apa yang patut.

insya Allah mak. :')

-----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, seronok dapat jumpa dengan mak sedara , adik-adik sedara hari ini walaupun sekejap. moga Allah redha.
:)


Tuesday, June 5, 2012

deja vu

adik yang tension belajar kat sebelah, kita pula yang terasa bahangnya, huhu.
belajarlah kerana Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan urusan kita.

p/s: eh, kenapa rasa macam deja vu je ni ? -.-

Friday, June 1, 2012

syukur

Terima kasih Allah.
Terima kasih mak ayah.
Terima kasih mak sebab ajar saya untuk "ukur baju di badan sendiri." Untuk luaskan pandangan saya lagi pasal kehidupan.
Terima kasih ayah sebab ajar saya untuk tetapkan pendirian. Untuk jadi lebih berfikiran matang.
Terima kasih Allah kerana hantarkan mak ayah adik kakak keluarga akhowat-akhowat yang manis-manis dan baik-baik kepada saya. Untuk ajar saya supaya lebih kuat untuk hadapi cabaran di dunia ini.
ALHAMDULILLAH.

sekarang : mode tawakkal 'ala Allah untuk keputusan UPU kemasukan degree awal julai nanti, insyaAllah.

Thursday, May 31, 2012

oh bahagia!

sebarkanlah kebahagiaan kepada orang di sekelilingmu, nescaya engkau akan berasa bahagia.
masyaALlah, nikmatnya bila dapat bahagiakan orang lain dengan izin-Nya. :)

Thursday, May 24, 2012

3Terminal

Manusia tak pernah sempurna. Manusia sering melakukan silap dan dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak. Namun, tiap dari diri kita haruslah belajar untuk menuju ke arah kesempurnaan yang diredhai Allah. Perbaiki diri untuk menjadi lebih baik, walau sedikit, asalkan istiqamah.

-----------------
Iklan kejap.

Ringtone Maher Zain : Freedom berbunyi.

Eh siapa pula yang call malam2 ni? Kak Shahamin? Erm..takkanlah. :P

-Hello?
=Assalamualaikum.
-Waalaikumussalam. Amal!!! Perbualan diteruskan dengan rancak. Bla..bla..bla..

Ya, panggilan daripada seorang sahabat yang sedang belajar di Mesir ^^. Berbunga-bunga rasanya hati ni bila dia call. Lama tak dengar suara dia. Moga Allah menjaganya setiap masa. :)

Habis iklan.

-------------------

Di hari kiamat nanti, akan dibentangkan titian Sirat yang senipis sehelai rambut dan setajam pedang. Ada duri-duri ibaratnya. Cara manusia menyeberanginya bergantung pada amalan kita. Ada yang bergerak melepasinya sepantas kilat, seperti kuda yang paling laju, seperti unta mengandung, ada yang merangkak, ada yang luka-luka bila dah sampai di syurga dan ada juga yang jatuh ke dalam neraka.

Ada sebahagian manusia yang dioffer oleh Allah Ta'ala untuk masuk ke dalam syurga, tapi mereka kata mereka nak tolong sahabat-sahabat mereka yang masih berada di bawah. Siapakah? Siapakah mereka yang sanggup tu? Ya, merekalah Muslim Brotherhood. Mereka yang berada dalam jamaah muslim. Mereka laksanakan kerja dakwah secara berjamaah, berjuang sehingga pertaruhkan nyawa. Mungkin orang yang solat berjemaah dengan kita..

Betapa Maha Pemurahnya Allah Ta'ala, agar kita tidak dimasukkan ke neraka, Allah dah siap kata dah ganjaran-ganjaran istimewa dan bombastik untuk kita. Kalau kita niat buat benda baik sekali, Allah akan berikan 10 ganjaran. Kalau kita laksanakan ia, Allah bagi 700 kali ganda ganjaran. Allahu Akbar. Jadi, kenapa kita masih lengah untuk melakukan perkara kebaikan?

Syarat penghuni syurga itu haruslah baik serta suci daripada dosa dan juga bertaubat.

Hmm, ada 3 Terminal Penyucian (bukan lapangan terbang je ada terminal ye) iaitu terminal penyucian di DUNIA, KUBUR dan HARI KIAMAT.

Pertamanya ;
TERMINAL PENYUCIAN DI DUNIA :
1. Taubat
    Just imagine hembusan nafas yang kita tarik sekarang ni adalah hembusan terakhir kita.
2. Istighfar
    Mohon ampun dari Allah atas dosa yang kita tak ingat.
    Rasulullah SAW pun istighfar 100 kali tiap hari.
3. Kebaikan
    Buatlah banyak2 benda baik sebab ia akan hapuskan keburukan dan dosa kita, insyaAllah.
    OBSES dengan kebaikan ;)
    Jangan pandang enteng dengan menyapa sahabat kita dengan senyuman, ewah. :)
4. Musibah yang menghapuskan.
    Ya, sebagai menghapuskan dosa-dosa kita.

Keduanya ;
TERMINAL PENYUCIAN DI KUBUR :
1. Solat Jenazah
    Kumpulkan orang beriman untuk solat jenazah.
2. Kubur
    Pertanyaan malaikat.
    Dalam kubur itu, mungkin ia adalah kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang neraka.
3. Hadiah pahala dari manusia
    Andai kita cintai seseorang, daripada menangis atas pemergiannya, baiklah kita sedekahkan doa atau melakukan umrah.

Ketiganya ;
TERMINAL PENYUCIAN DI HARI KIAMAT :
1. Keadaan Hari Kiamat
 
2. Berdiri di Hadapan Allah
    (Allahu Akbar... T.T)

3. Syafaat Nabi

4. Ampunan Allah adalah yang Paling Tinggi

Meskipun kita dah buat banyak sangat sangat maksiat, tapi teruskanlah buat kebaikan agar terhapus dosa maksiat kita, insyaAllah. Ingatlah, Allah memang Maha Pengampun dan Penerima Taubat. :') Never give up, okay!


Moga kita terlepas dari terminal-terminal kat atas tu, especially terminal kat dunia, insyaAllah.

Boleh rujuk Surah al-Waqi'ah (ayat 7-14) , surah al-Qalam (ayat 42).

"Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian." {Surah Al-Waqi'ah : 7-14}


"(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -" {Surah al-Qalam : 42}


Wallahu'alam.


Moga kita sama-sama dapat bertemu di Jannah-Nya, insyaAllah. :')


Sunday, May 20, 2012

bo-boling

Bismillah.

Petang tadi teman emak pergi main bowwwwling sempena hari cikgu, kat Ipoh Parade. Menarik. Alhamdulillah, semua cikgu-cikgunya kaum hawa. Takdelah rasa awkward sangat. Just nak share, first time jumpa dengan pengetua sekolah mak yang selalu mak cerita kat rumah. She's Indian. :) A very nice and cheerful lady. I respect her so much. First time jumpa, terus sembang-sembang, cakap pasal study, macam pakar motivasi pun ada. Saya suka. She advised me to study and study and study. Sekarang ni nak jadi lecturer pun kena ada master, baru senang dapat kerja. And she told me, you are young, so belajarlah, carilah ilmu banyak-banyak. Sampai phd. You all ada banyak peluang sekarang ni. OK, terharu. And she added, ilmu ni tak setanding dengan apa-apa pun. Ia amat berharga. So, belajarlah. (saya paraphrase ayat cikgu tu ya)
Wow, there you go. So wahai diri, belajarlah ilmu dengan bersungguh-sungguh ya. Allah sendiri dah perintahkan kita untuk discover ilmu, kan? Tak percaya? Ni ha buktinya. Dalam surah al-'Alaq ayat satu sampai lima, Allah berfirman yang maksudnya :

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Dan paling penting dan benda yang tak boleh kita lupakan adalah..
Kita niat belajar mesti niat kerana Allah, sebab nak capai keredhaan Allah..
Bukan sekadar nak terima pujian daripada manusia-manusia lain, bukan sekadar nak kejar pangkat darjat semata-mata,
Tapi kita belajar supaya dapat bantu ummah kita, tak kiralah dalam bidang apa apa pun, bidang biologi, fizik, kimia, matematik, bahasa arab, syariah, usuluddin, fiqh dan sewaktu dengannya, asalkan niat tu kena benar. InsyaAllah Allah akan permudahkan jalan bagi kita semua. Rabbuna Yusahhil.

Selamat berjuang di daerah masing-masing! 
Fii amanillah.

Monday, May 7, 2012

#simplenote : +14 000

UK : Mak, sekarang ni dah nak dekat +14 000 lebih orang dah syahid kat Syria.
Mak : Ye?
UK : A ah. lbih kurang +20 000 jadi pelarian kat Lubnan & Turki. (Statistik menunjukkan +54 164 menjadi pelarian sejak bulan Mac di Turki, Lubnan, Jordan)
Mak : Jadi, apa yang boleh UK buat sekarang?
UK : (Sambil tenung mata mak dalam-dalam & penuh kasih sayang) Doakan untuk mereka.
Mak : Good. :)

Ya Allah, Kuatkanlah Tabahkanlah Saudara-saudara kami di Syria dan di mana sahaja mereka berada. Selamatkanlah mereka ya Allah daripada kezaliman manusia yang jahat. Amin.

Kita sebagai seorang muslim mesti ambil tahu keadaan saudara-saudara semuslim kita. Tak boleh ignore je, tak boleh buat tak tahu je macam tak de apa-apa yang berlaku. At least, kita berdoa untuk mereka. Dan juga merubah diri kita ke arah yang lebih baik supaya dapat bantu orang lain memahami apa sebenarnya yang berlaku. Kerana, masih ramai yang tidak mengetahui. Wallahu'alam.

Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : 
"Tamsil orang-orang Mukmin dalam kasih sayang mereka, tenggang meneggang serta rahmat di antara sesamanya, bagaikan satu jasad. Jika satu anggotanya merasa sakit maka menjalar ke semua badan rasa panas dan tidak dapat tidur." (HR Bukhari dan Muslim, dari An-Nu'man bin Basyir)


sungai perak
# 2-3 hari ni banyak mendengar berita kematian ahli keluarga sahabat. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang telah pergi. Al-fatihah.
Refleksi diri : Dah sediakah kita untuk berjumpa dengan Allah dengan amalan kita? Tepuk bantal, tanya iman.

Saturday, May 5, 2012

Garang

Sekarang baru saya tahu kenapa cikgu-cikgu kat sekolah saya garang-garang tapi sebenarnya penyayang.
Hehe.


Saturday, April 28, 2012

terbaik

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dia sudah susun susunan yang terbaik untuk kehidupan kita, insyaAllah.
Kadang-kadang benda yang kita tak suka tu, sebenarnya adalah benda yang terbaiikkkk untuk kita.
Hanya Dia yang tahu.
Ya, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Terima kasih Allah, atas hadiah ujian ini.

Alhamdulillah.

Bak kata anis, DON'T FORGET TO SMILE! ^____________^


Dari kiri : Amirul Musyrif, Ziyad Munawwir, Wazir Musaddiq
Adik2 sedara yang amat comel dan bijak

Wednesday, April 25, 2012

#makanan:buku

Bismillah.
Currently sedang cuba menghadam 2 buah buku :)
Pertama, novel "VT" oleh Hilal Asyraf dan "19 Tip Pendidik Cemerlang" (!) oleh  Shatar, Jasni, dan Azali.
Dua buah buku ini banyak bagi ilmu macam mana nak jadi pendidik.

Melalui novel VT, watak Ustaz Mahadzir & Coach Hussam banyak bagi gambaran guru yang sebenar. :) Tertarik. Antaranya, Coach Hussam tak pernah berputus asa untuk membentuk si Asyraf merubah ke arah yang lebih baik dan juga membentuk satu team bola tampar yang amat hebat. Daripada keras kepala semua ahli pemainnya, Coach Hussam akhirnya merubah mereka secara perlahan-perlahan ke arah satu team yang berjiwa kental, berasa 'izzah dengan Islam (bangga dengan Islam yang dibawa) dan juga melahirkan suatu ukhuwah yang amat erat dan manis macam gula melaka. Macam mana dia dapat ubah? Apa yang ana dapat simpulkan, dia (Coach Hussam) ubah mereka dengan sabar dan istiqamah dengan apa yang dia buat.

"19 Tip Pendidik Cemerlang" pula, bukunya nipis sahaja, ayat pun simple, mudah difahami.
Tips yang ana nak share dan amat suka ialah..
Selalu senyum kat "adik-adik", kena prepare awal-awal apa yang nak diajar, jangan gelabah, kena nampak confident, muka jangan pucat, be punctual! , pemurah ilmu :) , friendly.
Bila baca isi kandungan buku ni kan, rasa macam semuanya reflect balik pada apa yang Islam dah ajar kat kita, apa yang Rasulullah SAW ajar pada kita. :)

Matlamat yang jelas akan menjadi PENYULUH cahaya walaupun dalam perjalanan yang gelap dan penuh cabaran.

Banyak benda lagi yang saya kena belajar. Siapa-siapa yang ada tips lain, boleh share ;)
P/s: Kenapa semangat sangat nak baca buku pasal cikgu-cikgu ni? Owh, sebab sabtu ni ada ujian medsi (untuk course pendidikan). Hehe. Tapi bukan tu je sebab nak baca buku-buku ni, tapi sebab saya kan budak baru belajar!  :P

Dr. Sim Lai Har ; hebat dalam subjek Kimia

Monday, April 23, 2012

#stickynote : Warrior//Worrier


Warrior // Worrier

Do whatever you love and you will be free
If you can't buy happiness try to lease
Or buy a better mirror stare a little longer now

One thousand reasons to cry out
Is that a life?
A thousand reasons to smile, I tell you why
Consolation to you tears I'ma light up your way

For what its worth
You're my warrior
And I'm your worrier

Do not be confused by the murderers
Goodness is bigger than us you can't see it cause
It is silent yeah but it's feeding this world

You are not depressed cause you fell out of love
Everything is a test maybe you´re better off
What you call a problem I just call them lessons of love

For what it's worth
You're my warrior
And I'm your worrier

Come on let's take a walk
Shh don't say a word
Let's not talk
Let the silence do all the communicating tonight
Life is not just a walk in the park
I know that
But its a start right
They say silence is gold
But its kind of hard when so much remains untold
You looking the other way me kicking up dust
Blocking the sun still got shades on
Blocking our point of view
Yeah we differ a lot about what and what not´s
What we ain't and what we could have got
Thinking our arms ain't to short to box with God
This ain't a midnight stroll in Paris
More like a careless walk through a field of land mines
I cherish you
Though you are a warrior too
What are we to do

God never promised you days without pain
Laughter without sorrow
Sun without rain
But He did promise strength for you every day

Still in Tears!! Oh how can I not be sad
For my guidance was
Was upon your hands
Wrapped around, I pray, I pray you understand

For what it's worth
You're my warrior
And I'm you worrier

Te falta el aire (Do you need air?)
Te compro el viento (I'll buy the wind)
Soy tu dinero (I'll be you money)

Si yo te quiero (Now that I love you?)
Porque te vas ( Why are you leaving?)
Mi fusilero (My executioner)

Soy lo que veo (I'm what I see)
Soy lo que das (I'm what you give)
Tu prisionero (I'm your prisoner)

Lo que me diste (What you gave me)
Lo guardo adrentro (I keep it inside)
Soy tu guerrero (I'm your warrior)

From my mother I learned
Never is too late
That's its always possible to start out again
You may feel you've stopped but you're just on your way

You are not depressed
You just unemployed
Time is all we got, don't you kill it boy
Everybody is in love when things are going well

For what it's worth
You're my warrior 
And I'm your worrier

Sunday, April 22, 2012

#simplenote : cikgu

Anak Mak : Mak, sabaaar jelah ajar Aslam tu ngaji iqra'. Sikit-sikit menguap. Pastu main sana main sini. Haha.
Mak : Dia baru darjah 1 tuu. Kalau kamu dulu-dulu tu, mana bangun awal pagi macam Aslam tu, sebelum subuh pun dah siap mandi semua. Masa kamu kecik pun, lepas balik sekolah pun minum milo dalam botol **** :)
Anak Mak : Ouch. Ehehe, okay mak. Lepas ni saya cuba didik dia elok-elok dan lebih bersemangat lagi! InsyaAllah. :D

Ingatkan jadi cikgu itu senang. Tapi rupanya amat susah! Huhu. Saya amat respect dan berterima kasih pada cikgu-cikgu di seluruh dunia. Terutamanya para murabbi di Kompleks Al-Hidayah, Ipoh. May Allah grant all of them with Jannah. Amin :)

Semalam, baru saya tahu betapa penatnya nak jadi cikgu. Hihi. Malam sebelum mula mengajar adik-adik kat sekolah tu, tidur pukul 2pagi semata-mata nak prepare apa nak sampaikan esok! Aha. Takde pengalaman kan. :P Padahal adik-adik tu umur darjah 1,2,3 dan 4 je. Hihi.
Bila sembang-sembang dengan mak, mak cakap, "Haaa, ingat kerja cikgu tu senang ke! :D Takpelah, baguslah kamu kerja cuti-cuti ni, barulah ada pengalaman sikit sebelum jadi cikgu yang "betul-betul" cikgu." Respon = Sengih dan senyum je.

Banyak benda lagi yang perlu saya belajar. :) Moga Allah beri kekuatan.

P/s : Banyak cerita yang nak dikongsikan, tapi malam ni cerita-cerita tu tak mampu disusun dan di-edit dengan baik sekali. Maaf ya! :D

Saturday, April 14, 2012

#simple note : aku ada dia

Allah sentiasa ada bersama kita. Sentiasa.
Doa pada Dia kerana, 
Dia akan setia mendengar rintihan kita.
Put Allah in our heart always.
Moga istiqamah.

#stickynote : terima kasih

Terima kasih cikgu!
Itu sahaja yang mampu saya tuturkan :)
Hanya Allah yang mampu membalas jasa muallim dan muallimah.
Moga Allah beri ganjaran yang terbaik untuk cikgu-cikgu semua.
Rindu cikgu-cikgu di SMAH dan SRAH :)

Saturday, April 7, 2012

#stickynote : make me strong


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Wednesday, April 4, 2012

#simplenote : seriously?

Berubah? Kau nak berubah? Seriously?

Ya, saya nak berubah. Berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah serta disirami dengan baja-baja Istiqamah, insyaAllah.
Allah masih beri peluang untuk saya ubah diri saya, so kenapa saya nak tangguh-tangguh lagi?
Mati itu kita tak tahu bila.

Kalau dalam hati kita, dah set untuk berubah menjadi yang lebih baik, seriously, insyaAllah, Allah akan buka jalan-jalan untuk kita menjadi yang lebih baik.
Sebenarnya dalam setiap hati manusia itu, memang inginkan kebaikan. Cuma samada diri kita yang menentukan samada kita nak kejar kebaikan itu atau kita lepaskan je.

Ya Allah, moga Kau salurkan kekuatan kepada kami yang lemah ini, amin.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(Surah al-Anbiya':35)
Ini janji Allah.

Tuesday, April 3, 2012

#ceritapendek : ayah

Bismillah.

Alhamdulillah, semalam, nikmat sungguh. Nikmat sebab rasa penaaaat sangat. ^_^
Semalam ikut ayah balik kampung. Tengok budak tahfiz. Adalah juga dengar-dengarkan 2 orang student darjah 1 dan darjah 2 baca iqra'. Comel. Mereka masih suci. :) Suci daripada dosa, tak seperti kita yang mungkin sudah diselaputi dengan dosa-dosa yang lepas. Astaghfirullah.

Dalam perjalanan pulang, ayah ada kata.
"Haa, lepas ni ikut je ayah pergi mana. Tengok apa yang ayah buat. [Masa tu rasa macam, woww, okay, best juga, hee]. Takdelah duduk rumah je. Online memanjanggg je [ops, teehee]. Nanti kerjalah kat tahfiz tu. Ajar budak-budak yang amik UPSR, UPKK, tulisan jawi, bahasa arab [okay, banyak sangat tu, hee. InsyaAllah akan cuba takat yang mampu], kalau ayah mesyuarat pun, ikut je, barulah tahu nak buat macam mana[ehh, taknaklah, nanti mengganggu pulak orang lain, hehe]."

Ayah, *** tak kesah pun kalau *** tak dapat gaji ke apa. Tapi yang mahalnya adalah pengalaman bersama ayah dan ilmu & pengalaman ayah tu :')
InsyaAllah akan try follow ayah ke mana je ayah pergi sepanjang cuti yang terlampau panjang ni. :) Huhu.

Moga kita sama-sama terus tsabat dan istiqamah dalam jalan kebenaran yang kita lalui ini, insyaAllah.

Ihfadzillah, yahfadzka.
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

P/s: dunia ni kejap je. macam makan roti. ngap je dah habis.

#stickynote : with you