Saturday, December 31, 2011

Mr. Maths

google
Bismillah,
Starting 2012, I'm starting to date with Mr. Maths.
Huhu.
Moga Allah permudahkan dan beri kekuatan untuk kita fahami dengan ilmu-Nya yang Maha Luas.
Allah, moga dengan ilmu ini aku dapat beri kebaikan/ contribute untuk Ummah pada masa akan datang, insyaALLAH.
Moga Allah redha dengan segala ilmu yang kita pelajari.
Amin.

Never say I HATE MATHS or what-so-ever but please say I LOVE MATHS.
Jangan pernah rasa benci pada sesuatu subjek yang kita tak suka, sebab itu ilmu Allah juga kan? ;)

Fi amanillah.

Monday, December 26, 2011

A.D.I.K.

mior azhari; the little handsome boy
ada orang tu dah nak tinggalkan kita. :(

esok dia masuk asrama.
geli hati pula bila tengok dia kemas-kemas barang, beli barang dengan mak, hoho.
to adik,
take care.
masuk asrama ingat senang ke? dah tak boleh tidur banyak-banyak lagi dah, takde nak facebook-ing, main games, sms-sms banyak-banyak dah, okay?
jaga solat lima waktu, jangan sesekali tinggalkan solat tu!
dan jangan lupa baca al-Quran tiap hari.
biasakan diri dengan solat berjemaah, k. :) hidup kena berjemaah.
paling penting jaga hubungan dengan Allah, mak ayah, kawan-kawan. Jangan sakiti hati mereka. Respect pada cikgu adik. Merekalah yang bakal mendidik adik. Jadi, hargai, sayangi mereka.
kalau homesick, call lah kak ngah. :P
kak ngah cabar adik, dapat result yang terbaik untuk SPM! kalau result bagus, kak ngah belanja. haha. bajet duit ada. duit kpt adalah ==,
dik, jaga solat, jaga akhlak, jaga hati, jaga diri.
sayaaang adik kerana Allah ;)

p/s : k.ngah minta maaf ye sebab banyak buat salah silap kat adik! :P

Saturday, December 17, 2011

hoyeah!

fighting for sem 02! hoyeah.

study kerana Allah.

doa jangan dilupa.

bye bye blog. bye bye fb. bye bye tidur.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Surah Muhammad : 7)

Tuesday, December 6, 2011

Ukhuwah itu Indah

Bismillah.

MasyaAllah, gembiranya hati ana sekarang ini. Berbunga-bunga rasanya. Subhanallah, Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah kerana Engkau menganugerahkan nikmat ukhuwah ini kepada kami.

Maghrib tadi, ada seorang akhawat ziarah kami di UiTM Puncak Alam ini! Sorang-sorang pulak tu! Naik bas dari Serdang. MasyaALLAH. Dia umpama pembawa ceria bagi kami yang dihantarkan oleh Allah untuk kami yang sedang gundah-gulana (mungkin?).

Dia iftar bersama kami. Selepas iftar, dia sampaikan sebuah kisah tentang seorang sahabat yaitu Tsumamah bin Utsal. Pada mulanya, Tsumamah ini merupakan seorang penentang nabi SAW yang amat hebat, dan Tsumamah memang ingin membunuh Baginda SAW. Tapi, akhirnya beliau telah mengucapkan kalimah syahadah. Takbir.

Dia juga ada berpesan, seorang da'ie haruslah sentiasa menunjukkan wajah yang ceria dan tenang walaupun dalam hati, memang banyak masalah yang berlaku. Penampilan dan personaliti seorang da'ie amat penting. MasyaAllah, terketuk hati ana. Akan ana ingat itu, insyaAllah. Sentiasa ceria, happy go lucky ;)
Selepas perkongsian, kami solat Isyak berjemaah di surau kolej. Selepas itu, dia mengajak kami dan berbelanja makan malam. Dia ni memang kuat makan! Huhu. Ceria betul dia ini.

Salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim adalah makan bersama. Hoho. Habis, berpusing-pusing makanan atas meja kami dikongsi bersama. Ada kek coklat, buah jambu, cup corn, bihun sup, dan 2 air sejuk. Huhu.

Dia sentiasa ceria. Ana kagum. Tiap kali bertembung dengan pelajar lain, dia akan beri salam. MasyaAllah. Pandai dia tackle hati orang ;) Oh, kena baca Bagaimana Menyentuh Hati ni, huhu. Dia juga ada pesan, ukhuwwah itu penting. Kalau tiada ukhuwah dalam suatu organisasi/ dalam persahabatan, segala benda program yang dirancang takkan berhasil. MasyaALLAH. Benar itu.

Moga Allah merahmati dia dan kita jua.
Terima kasih atas ziarahnya ya ukhti. Serius, ana rasa gembira sangat. :)
Sampai satu rumah ana dia tegur, huhu.

Wallahu'alam. :)

p/s : Esok pagi akan turun ke kelas dengan dia! Dia nak balik ke Serdang. Moga Allah permudahkan segala urusan kita bersama, insyaAllah.

Saturday, December 3, 2011

Keep moving forward

Teruslah. Teruskan kehidupanmu. Majulah teruslah melaju dalam perkara kebaikan. Keep moving forward. Jadikan yang lepas sebagai pengajaran dan pengalaman, jangan sekadar untuk dijadikan sebagai teman di kala termenung sehingga tidak bertindak melakukan apa-apa KERJA.

H.U. , I'll keep your words insyaAllah.


Mintalah pada Dia, Dia akan dengar, Dia akan tolong. You can do it. Ingat, Allah sentiasa bersama kamu untuk tolong kamu. He knows our heart. Seandainya kita pernah buat silap, minta ampun pada Allah, make DU'A, supaya bantu kita. Don't be sad. Just keep moving forward.

Moga Allah sentiasa bersama kita, dan kita sentiasa mengingati Dia, Cinta Terhebat Kita, Allah.
Wallahu'alam.

Thursday, December 1, 2011

Stucked in lift

It is, no, it was a tiring day. Cerita tentang terperangkap dalam lif. Pelbagai telatah karenah reaksi dapat diperhatikan.

Edited by 12:15am to 12.44am, Saturday. Sorry for sis who is waiting the story, hehe.

Mula-mula masuk dalam lif. Masuk punya masuk sampai lah mantop compact macam tin sardin lif itu. Bila dikira balik semasa menunggu encik pembaiki lif (terima kasih :)) membetulkan litar, lif, dan yang sewaktu dengannya, ada 21 siswi dalam lif itu. Mantap tak? ==" Semuanya asasian yang on the way ke kuliah/ kelas tutorial masing-masing.

We were stucked in the lift about 20-30 minutes. MasyaAllah, memang menguji..menguji kesabaran dan kewibawaan seseorang. Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Suasana dia macam mana?
Bunyi loceng emergency berdering-dering tak henti ditekan kami dari dalam, cemas lah katakan. Dengan bunyi tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt tak henti henti menjeritnya dalam lif itu sampai rasa nak terpecah je gegendang telinga ini.

Masing-masing mencuba untuk menelefon line emergency yang tertera di dalam lif, tapi, hampa, tiada siapa dapat line. Tiba-tiba, selepas lima minit lebih kurang, ada seorang siswi dapat call dari kawan dia dari luar. Masa itu syukur sangat. Alhamdulillah sahaja yang mampu dituturkan dan terbit jua sedikit harapan. Tapi, bila tunggu tu, memang lamalah. Kitaorang stucked dari tingkat 7. Stucked di antara lif 7 dan 6, lebih kurang 6.5 lah, hehe. Ada yang bersembang, tanya lepas ni kelas apa, itu ini, mungkin untuk menenangkan diri, eh. Sahabat ana sempat juga bergurau, "Ish, kita mati syahid ni, nak pergi belajar ni kan. Hehe." Macam-macam :D

 Masa itu, ana senyap je, dalam fikiran hanya ingat pada Allah supaya bantu kami. Itu je. Kebetulan masa itu, ada sahabat bulatan gembira ana sekali dalam lif itu, dia pusing menghadap ana, dan dia kata dia takut. Ana hanya cakap, takpe Allah ada. Tawakkal sahaja. Kita dah usaha. Masa itu langsung langsung langsung tak fikir lif ni mungkin terhempas ke tingkat 1, yelah, dahlah berat lif itu, tali lif pun boleh terputus bila-bila masa, tiba-tiba je boleh terhempas, kan. Gravitational force. Tapi, Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami, Allah masih memberi kami peluang untuk membaiki kehidupan kami ke arah yang lebih baik, untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Fa bi ayyi alaaa irabbikuma tukadziban. 

Bila dah lama dalam lif tu, memang ada rasa panas dan pening-pening sikit. Yelah, air pressure masa itu sangat tinggi, volume of air pula makin berkurangan. Rujuk Boyle's Law, eh. Bila keluar dari lif, masa itu, memang tak terkata lah. Sebenarnya rasa nak menangis je, tapi cover-cover sikit, hehe. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Ada yang menjerit kegembiraan, ada yang berlalu begitu sahaja, mungkin ingin mengejar kelas seterusnya, ada yang menangis mungkin kerana tidak tahan dengan high pressure dalam lif tadi. Telinga ana masa itu rasa macam bengal, sakit rasanya. Kesan dari high pressure bak kata seorang kawan ana, Em.

First time ana experience benda seperti ini. Rasa fobia bila naik lif. Tapi, ana tahu, Allah sentiasa bersama kita.

Mungkin Allah uji kami dengan stuck kan kami sebab Allah nak kita muhasabah balik. Cukupkah amalan kita untuk kita menghadap Dia? Mati itu bila-bila sahaja boleh tiba. Tengah type ini pun, Allah boleh tarik nyawa kita.

P/s: Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk seorang siswi asasi, Syamimi Ibrahim yang telah meninggal dunia, Jumaat lepas kerana demam denggi. Jzkk.