Thursday, July 21, 2011

Muhasabah diri

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Disebabkan dapat markah test yang sangat sangat teruk, maka wajiblah bagi saya untuk lebih berusaha lagi untuk mencapai keputusan yang lebih lebih cemerlang, insyaAllah.
DAN JUGA,
mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih lebih lebih lagi , insyaAllah.

Tidak mengapa, asasi hanya setahun. Belajar PHYSICS hanya setahun. Tidak mengapa.
Belajarlah untuk capai keredhaan Allah.
Belajarlah untuk capai keredhaan Allah, wahai diri!
Jangan belajar dengan penuh kebencian, tapi belajarlah dengan penuh kesukaan dan kesenangan.
Hayatilah salah satu cabang ilmu Allah yang amat menarik ini.

Kurangkanlah masamu daripada bercanda yang berlebih-lebihan.
Kurangkanlah masa-mu untuk ber-facebook.
Kurangkanlah masa-mu daripada berangan-berangan seperti mat jenin.
Kurangkanlah masa-mu daripada melakukan perkara lagha.

Sekian, wassalam.

Belajar, belajar, dan belajarlah hanya kerana Allah



Rumah : 5.11 pm : 21 julai 2011



Wednesday, July 20, 2011

Thank you mak :)

uitm palam~ asasi, insyaAllah 4flat
Pesan emak kepada anaknya ....

Peluang ada banyak . Cuma tunggu nak grab je peluang tu. Ingatlah, bukan kita seorang je yang rasa susah dan tension study asasi etc ni, tapi ada ramai lagi yang sama juga macam kita. So, kalau orang lain boleh go through it even spm pun tak dapat straight A++, kita pun insyaAllah pasti boleh juga :)

Ingatlah, sesungguhnya Allah takkan letakkan sesuatu benda/perkara/tanggungjawab tu pada kita, melainkan kemampuan yang ada pada diri kita. Contohnya, anda takkan berada di tempat yang anda berada sekarang ( universiti/kolej/sekolah kat mana-mana pun) melainkan Allah tahu kemampuan kita takat mana.

Kata emak lagi, kadang-kadang Allah uji kita dengan pelbagai masalah. Contohnya, result yang tak seberapa bagus dalam physics/chemistry etc. Mungkin Allah mahu kita lebih mendekatkan diri kita pada Dia. Mungkin sebab kita ni dah terlalu jauh dengan Allah. So, Allah cuit kita sedikit dengan ujian supaya kita kembali pada Dia semula. Supaya Dia dapat mendengar rintihan kita selalu. Subhanallah! Betapa kasihnya Allah pada hamba-hamba-Nya :') Bila dapat ujian/ musibah tu, sentiasalah ucapkan "Innalillahi wa innailaihi roji'un."

Bila sedih, cepat-cepatlah doa pada Allah. Mohon beri kekuatan pada kita sebab Allah-lah yang mampu beri kekuatan pada hamba-Nya. Kalau Allah tak lontarkan sedikit pun kekuatan pada kita sekarang ni, kita takkan mampunya buat segala benda, kita takkan mampunya berdiri sendiri. Sebab daripada Allah-lah sumber kekuatan itu datang. Jangan bila sedih je kita minta pada Allah, tapi sentiasalah istiqamah berdoa pada-Nya. Letakkan kebergantungan dan sandaran kita hanya kepada Allah, kerana Dia-lah sebaik-baik Sandaran dan Pendengar yang Paling Setia :)

Moga Allah lindungi kita sentiasa, insyaAllah.
Istiqamah selalu :)
As-salam~

(Esok kak long balik, insyaAllah! :))))

Friday, July 15, 2011

Monday, July 11, 2011

hari ini mood kurang baik ==" ouh, nak balik rumah!

Sunday, July 3, 2011

kimia

sekarang baru hanya permulaan. bukan penghabisan cerita.

Alhamdulillah, assignment chemistry siap!!
Syukur sangat2!
Nak dekat 2hari dok menghadap laptop untuk siapkan assignment secara online. Alhamdulillah, akhirnya result dia amat baik. Tapi, kena konsisten selalu!!

Friday, July 1, 2011

Assalamualaikum.

MasyaALLAH, minggu ni memang busy sangat2. Kerja untuk hujung minggu dah tersedia bertimbun. Assignment online semuanya sedang menunggu untuk disiapkan. Lab report berderet. Tutorial yang diberikan usah ditanya, semuanya ada, dari chemistry, physics, mathematics.

Kadang-kadang menangis sendiri. Banyak sungguh tanggungjawab yang kena selesaikan. Mohon pada Allah untuk beri kekuatan pada diri yang kerdil dan lemah ini. Dalam masa setahun kena selesaikan semua ini. SETAHUN. Ditambah dengan usrah dan beberapa program ko-kurikulum etc. Compact sungguh. Bagai tin sardin yang disumbat-sumbat isinya. Tapi, tak mengapa, biarlah sibuk di dunia, nanti di akhirat bolehlah berehat dengan tenang untuk selama-lamanya, insyaAllah. Ah, dunia ini hanya sementara. Bagai sehari dua sahaja dibandingkan dengan hari-hari di akhirat.

Pesan seorang ustazah, andai kita rasa diri kita tak cukup masa, luangkanlah masa kita dengan Allah, insyaAllah Allah akan melapangkan masa kita. Allah kata (dalam hadith Qudsi), kalau kita berjalan kepada Allah, Allah akan berlari pada kita. MasyaAllah , ayat ini memang menyentuh hati. Betapa Rahman dan Rahim-nya Allah :')

InsyaALLAH, sampai sini sahaja coretan untuk minggu ini. Wallahu'alam.