Monday, June 27, 2011

Kekuatan itu datangnya daripada Allah Ta'ala

Assalamualaikum.
Alhamdulillah jumaat lepas dapat juga balik IPOH :)) Sukaaaa sangaat. Sebab masa tulah saya gain balik semangat dan kekuatan :) Emak, terima kasih kerana setia mendengar dan melayan karenah la yang ntah pape ni :) Semoga Allah membalas jasa Emak dengan sebaik-baik ganjaran, AMIN. buat ayah, terima kasih juga la ucapkan :') Banyak sungguh jasa kalian berdua sampai tak mampu ku tuliskan di sini.
Kepada Emak, insyaAllah I'll keep my promise, untuk belajar elok-elok, tak kira cabaran apa pun. La akan ingat pesanan Emak sebelum-sebelum ni.  Jangan tangguh-tangguh untuk buat kerja. Study dan buat benda lain biar berfokus. Dan nasihat Emak yang paling melekat dan menjentik hati la ialah belajarlah untuk sentiasa bersyukur. Ingatlah, mungkin orang lain tidak ada apa yang kita ada. Mungkin orang lain tak diberi kefahaman tentang sesuatu ilmu tu macam apa yang kita faham. Bersyukurlah.. bersyukurlah.. :') Ya, baru saya sedar, kebelakangan ini, selalu sungguh saya tak bersyukur dengan apa yang saya miliki. Astaghfirrullahal'azhim.
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Terima kasih ya Allah.
Emak pesan lagi, setiap apa yang Allah letakkan sesuatu cabaran pada kita, Dia sentiasa meletakkan cabaran tu mengikut kemampuan kita. Ah, terus saya teringat pada ayat 286 surah al-baqarah. Macam mana aku boleh lupa pada ayat itu? Ya, manusia mudah lupa dan memang manusia mesti sentiasa diperingatkan.
Terima kasih Emak. Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih memberikan kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini. ALHAMDULILLAH Ya Allah kerana Engkau telah meletakkan aku di tempat dan suasana yang baharu. Mungkin untuk menguji tahap keimanan dan keutuhan kepada-Mu ya Rabb. Ya Allah, salurkanlah kekuatan kepada diriku, ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan muslimin muslimat untuk meneruskan perjuangan yang benar ini ya Allah, untuk menegakkan kalimah SYAHADAH ya Allah, KERANA Engkaulah yang Memberi Kekuatan Kepada Hamba-HambaNya, AMIN.

Ummi, FIGHTING!!! Kepada emak dan ayah, insyaAllah la akan buat yang terbaik!
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, semoga berjaya dalam dunia yang baharu ini! Ingat amanah kita!

Semoga kita sama-sama terus tsabat dan istiqamah di jalan-Nya , insyaAllah.

Salam.

Friday, June 17, 2011

1 message received

1 Message received

U, belajar rajin-rajin. Ingat mak dan ayah ummi selalu. U kena jadi contoh buat adik U. Kakak U dah buktikan yang dia boleh buat yang terbaik, U BILA LAGI?
Tapi U kena dapatkan rehat juga. Jangan paksa diri u kalau rasa tak boleh.
Na**** doakan U berjaya dunia akhirat. K la, U tido ye. Baru segar sikit esok. Salam. ;)

16th June 2011 , 22:09

Bila saya baca sms ni, saya rasa bersyukur sangat sebab dapat sahabat yang baik macam dia. Terima kasih ya Allah. Terima kasih awak. Anda tahu siapa anda kan? ;)
May Allah bless you always sis.

Thursday, June 16, 2011

macam-macam

ALHAMDULILLAH. Hah! Itulah ucapan yang mampu ana ucapkan sekarang ni. Alhamdulillah, syukur sangat2 sebab dah selesai beberapa perkara yang amat penting sangat. >> lab report physics yang mantap gila, kuiz maths yang amat menarik (3 soalan je, tapi 3 markah utk satu soalan). Malam semalam tak tido langsung sebabnya, malam tu ada perjumpaan dengan resident staf kolej raflesia lepas isyak sampai le 11.50 malam T.T masa tu tension kut, hehe, sebab tak tersiap-siap lagi lab report-nya, dengan tak revise maths nya (2chapter je pun :P). BUT, Alhamdulillah, akhirnya siap jugak lab report tu. Discuss dengan faseeha & adni pukul 1.00 pagi sampai 2.00 pagi kut atau lebih kat rumah kita. kuh3. sabo jela~ Lepas dah siap fizik, ingat boleh le tido, tapi tak boleh le, kena buat "jotter" chemistry pula (pre-lab). akhirnya tidur pukul 4.30 pagi. hua3. Alhamdulillah pagi tu dapat buat solat sunat gerhana bulan.
Pukul 5 pagi , bangun balik, tetiba je automatically otak ni suruh gosok baju pagi2 buta tu, kuh3. Alhamdulillah dapat sahur sekali (: Pergi kuliah pukul 8.30 pagi sampailah pukul 6.oo petang. em, petang tadi ada pergi lab chemistry. Buat experiment simple je, iaitu nak cari berapa measurement or mass of oil, water, bla3 by using different apparatus. Tadi, terujalah jugak membuatnya. Yelah, apparatus dia semua baru2 dan canggih, huhu. Hmm, masa tu le juga teringat sekolah tercinta, Al-Hidayah. Rindunya. Dulu mana la ada apparatus yang cukup untuk buat experiment :') insyaALLAH i'll make SMAH proud !

Rabu lepas ada gi lab Biology. Experiment dia best gila,, kih3. sebab material dia semuanya dah disediakan, huhu. for example, burger juice, diet soda bla3, semuanya dah tersusun rapi kat bahagian tepi lab. and lab dia memang luas *teruja atau jakun, haha* >> SUBHANALLAH!

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk meneruskan perjuangan di dunia yang hanya sementara ini, insyaAllah, amin :)

Sunday, June 12, 2011

STUDY ke tu?

Jom STUDDDYYYYYYY!!!!!
Physics..
Chemistry..
Biology..
Mathematics..
Tasawwur Islam (CTU)..
Saya suka / sayang / cinta / minta pada cik FIZIKiah, KIMIA, BIOLOGYiah, Matts :D, TASAWWUR!!~

Miss min, la rasa penyakit mrazitis tu dah berjangkit kat la lah. haha.

>>> Mardhatillah matlamat utama, insyaAllah~

Thanks a lot to miss NA**** kerana bagi semangat kat saya ;D

Sunday, June 5, 2011

palam

Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua di UiTM (Penang+Puncak Alam)
>>>Pengalaman mampu mendewasakan seseorang ('',)

Kehidupan di universiti, memang amat amat berbeza dengan zaman sekolah. Duduk di rumah, segala benda dah tersedia. Tapi, kalau kat universiti, semua benda kena buat sendiri. Beratur nak beli makanan & barang-barang lain, jalan kaki untuk pergi dewan kuliah (bukan naik kereta atau van dah), basuh baju sendiri (tak guna washing machine dah, tapi guna kuasa tangan yang Allah dah bagi :D ). Semuanya sudah berubah.

Meh, cik nak cerita kisah cik di PALAM. Em, minggu pertama di sini, memang rasa penat sangat sebab terpaksa berkejar ke sana ke mari. Kitaorang mana tau tempat-tempat / dewan kuliah kat sini. Jadi, kena rajin bertanya kat orang ramai. "Malu bertanya sesat jalan." Kalau tak tanya, alamat sesatlah nanti.
Tiap-tiap pagi, kitaorang kena turun tangga 280++ atau lebih sinonim dengan nama tangga batu caves, haha.  Bila turun tu, laju je, cehh. Bila nak balik ke kolej, habih, termengah-mengah & slow je jalan, huhu. Tapi takpe, insyaAllah segala "penderitaan" ni akan dikira sebagai jihad ;)
Ana duduk kat blok 5, tingkat 7! yakni tingkat yang paaaling atas sekali, hehe. Satu rumah tu ada 4 bilik. Satu bilik 2 orang. Alhamdulillah, besar juga biliknya. Bila buka tingkap, memang nampaklah bukit yang menghijau. Bila malam-malam tu, adalah juga nampak beberapa sinaran cahaya dari bangunan yang jauhnya berpuluh-puluh atau beratus-ratus kilometer dari bilik kami ni.
Em, kat sini ada perkhidmatan dobi kat tingkat satu. Caj RM 2.00 dikenakan. Haha. Pernah try semalam sebab dalam seminggu ni, batuk tak henti-henti, jadi mak pesan suruh cuci je baju kat dobi tu, hehe :P hanisah, kawan sebillik ana pun batuk juga. adakah kerana virus yang tersebar daripada ana? huhu.
Pasal dewan kuliah pula >>
First time masuk dalam tu, rasa macam terkesima jap. atau jakun, haha. Yelah, first time kut. Selalunya tengok kat dalam tv je. Rasa macam tak percaya je. Tiba2, time tu teringat pula kat sekolah tercinta, SM Al-Hidayah T.T Ohh, rinduunya. Walaupun SMAH punya fasiliti tak sehebat macam kat uitm ni, tapi SMAH is the BEST  :)

Perasaan / Emosi / Mental / Spiritual

Emm, sebenarnya memang ada juga rasa tension tu. Hehe. Yelah, sebab kat sini semuanya pandai-pandai / genius2 belaka. Jujurnya, kita bukan orang yang genius gila, cuma biasa2 je. So, macam yang mak ana kata, i need to put a lot of efforts dan mesti jadi lebih rajin lagi. Kena buat double efforts gitu. Ye, betul tu. Saya akui itu. Jadi, lepas ni , tak mau dah nak main-main. Asasi sains ni hanya setahun je compare to matriculation , setahun setengah / 2 tahun. Proses pembelajaran dia sama je macam student yang study kat kolej mara mana ntah (bak kata emak). Dah le deme pandai2, huaa. Takpa2, u can do it lah , insyaAllah! Usaha! Usaha! Jangan lupa doa & tawakkal.
Haha, lepas ni kena study balik mathematics!! atau add maths yaw!! brrr~ Cabaran kott. Dahla lama beno tak selak balik buku add maths. PHYSICS!! uhuk3. InsyaAllah, ummi boleh! ummi boleh! (Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan.....)
Lecturer yang ajar kitaorang tu chinese, lelaki :) Laju la juga dia ajar. Serius, masa tengah belajar tu, mesti teringat cikgu2 kat sekolah dulu2. Mh Norbaya, Muallim Nazriq, Muallimah Azizah, Mh Roziana~ Ramai lagi lah. Huhu.Pastu mesti rasa macam sebak. Ntah, tak tau nape ntah. Hmm. Tapii, perjuangan mesti diteruskan! CAIYOK!!!!
Subjek yang kitaorang ambil ada 6 : physics, chemistry, biology, MATHEMATICS, english(MUET), tasawwur islam.
Dan kitaorang kena buat assignment, tutorial (buat latihan, bincang mana2 yang tak paham>>cikgu yang ajar kitaorang masa tutorial ni lain dengan waktu lecture), quiz, report, experiment.... semuanya akan tampung markah kitaorang 50% untuk cgpa kitaorang nanti. yang lagi 50% tu akan ambil daripada final exam. jadi memang kena konsisten betul lah ni. ta boleh main-main dah macam sekolah menengah dulu.
Tak paham , tanya lecturer atau buat group discussion. Jangan dok nagadap buku je, confirm takkan dapat apa2>> pesanan mak.

AHA, and the most important thing, ummi, awak kena jaga hubungan awak dengan Allah, oke? Oke oke :D insyaAllah~ Macam yang seorang ukhti kat uitm gitau, kalau kita nak contact dengan parents, kita kena keluarkan modal (top-up), tapi, kalau kita nak "contact" dengan Allah, free je. boleh call directly bila-bila masa pula tu ;)

YOU CAN DO IT! YOU CAN DO IT! YOU CAN DOOOOOO ITTTT! INSYAALLAH!
Buatlah semua benda apa sekalipun ASALKAN NIAT KITA hanya untuk capai mardhatillah, oke :)
4 flat. uhuk3. INSYAALLAH. :)
Akhowat fillah, tolong doakan ana dan sahabat-sahabat ana supaya dapat terus tsabat, istiqamah dan sukses dalam perjuangan ini :') jzkk.

*this post is written at home sweet home. segala baju busuk, ku angkut bawa balik untuk dicuci oleh washing machine, hehe. alhamdulillah, dapat datang juga ke kenduri kahwin abang syed tadi. thanks a lot to mom and dad yang dah banyaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk sangat berkorban untuk la :') hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. i'll do my best for both of you. lonng, baru sekarang la tahu betapa susahnya hidup di negeri orang, apatah lagi yang long ni tercampak ke mesir, hehehe. anyways, tak kiralah kita dicampakkan ke mana pun, asalkan kita tuntut ilmu banyak2 lillahi ta'ala.*

semoga kita terus tsabat, sentiasa istiqamah , sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi perjuangan di dunia yang fana ini, insyaAllah. dan semoga  kita dapat semai benih-benih kita di dunia ni, dan dapat dituai di akhirat nanti dengan hasil tuaian yang terbaik, insyaAllah :')

may Allah guide us always~
salam.

Wednesday, June 1, 2011

bumer~

Makluman: Bahasa yang digunakan di dalam entri kali ini adalah sedikit kasar. Harap maklum. Terima kasih. *Dah lama ada dalam draft, cuma tak ter-publish-publish lagi*

Bismillahirrahmanirrahim.

29052011
Hari ni dah hari ke-8  ada kat sini, UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Homesick? Alhamdulillah takde sangat. Alhamdulillah dapat kawan2 yang baik dan happening :)
Minggu pertama duduk di sini dah kena torture dengan seniors~ haha. tapi, tak kisah pun, sudah biasa bhaa.
Hari Ahad haritu ada pendaftaran kolej, hantar beg, kemas barang. Dapat kolej kristal, aras 3, nombor 11, bilik B. Rakan sebilik : hanisah, diana, wanaa. Lagi satu bilik, husna, wani, maisarah, dan lagi sorang tak ingatlah nama dia, huhu.
Serius, masa ni rasa berdebar-debar juga lah. Dan rasa macam tak percaya kita dah nak duduk jauh dengan family. Mak, thanks a lot lah sebab tolong la banyaak sangat. Hanya Allah yang mampu balas jasa mak :') Ayah pun, terima kassihhhh! Semoga Allah memberkati kalian berdua.
Emm, malam-malam tu ada taklimat pendaftaran akademik. Macam complicated gila bila dengar orang tu terangkan. Esok baru ada pendaftarannya. Malam tu tidur pukul 1.00pagi kot yop oii. Haha. Lepas tu kena bangun pukul 5.00 pagi ==" Tapi kita tidur lebih kurang pukul 2.00-3.00 pagi, ngehe.

Isnin, 23052011
Pagi2 tu ada pendaftaran akademik. Lama gilaaa kena tunggu. Yelah , ada 3000 student kut yang nak mendaftar ==" Sabo jelah. Petang tu ada senam seni. Haha, best-lah. Tapi, abang yang conduct senam seni ni sporting gila, kih3. Kita pun tak boleh nak buat gaya tangan yang "lembut" tuh. Aduhh. Yang paling kita tak suka lah pasal MDS ni, perjalanan aktiviti dia macam tergesa-gesa. ESPECIALLY, Waktu MAKAN dan SOLAT!! "cepat2, ada lagi kawan kamu yang belum makan lagi nih." ==" Sampai nak tercekik-cekik bila tengah makan tu semata-mata nak blah cepat2 untuk bagi tempat kat kawan lain.


Lecture

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya ini entri pertama yang kita buat di UiTM Puncak Alam, hehe.
Tadi ada kelas chemistry dan biology.
Chemistry, Dr Sim yang ajar, best ;) Tapi, bila biology tu, huaa, rasa macam  nak hentak-hentak je kepala, haha. sebab lecturer tu baca je slide show tu then terangkan sikit2. dah-la masa tu tak buat apa2 preparation lagi sebab tak dapat buku. Blurr je~ sabo jela. tadi belajar functional group dan water. Chemistry just some introduction about atom etc.
Huaa, tetiba je teringatkan Mh Latipah and Mr.Shamugam. Miss both of them T.T Rasa nak nangis je sebab kat sini memang lecturer akan ajar cepat gila. Kalau Mh Latipah dulu2, step by step. Huaaa, rindu Mh!!

Setakat ni, alhamdulillah, semuanya okey ;)
Dah, tak tau nak cakap apa. Kawan sebilik ni tengah study. Jeles gila. Haha. Oke lah. Adios~
May Allah bless us always.