Thursday, May 19, 2011

Big Sister

study study jugak, jgn lupe kawan2.. phubungan dgn manusia juga penting selain drpd perhubungan dgn buku, hahha.
tido awal, bangun awal, jgn nk tdo lewat sangat,nanti takleh concentrate dlm kelas, dalam kelas kne concentrate/khusyuk 100% sembang pon takleh,

balik rumah wajib ulang bnde yg dh belajar dlm kelas tadi, within 24 hrs klu tak ulang , memang hilang laah

tym sembang2 boleh buat latihan,

lepas asar jgn tido, kan nabi dah kata , tak elok , haish
buat la apa2 pun, main boyan ka,gelungsor ke,batu seremban ke, badan yg sihat boleh absorb maklumat berganda2x

kemudian CONSISTENT, tiap hari kne mcmni, takleh la 2 3 kali ja sminggu

terahir, doa je lah, semua ilmu Allah yg punya, kita usaha kita dapat pahala, kejayaan kekalahan bukan urusan kita

sekian drpd pakar paksa motivasi DR LONG

Friday, May 13, 2011

ini cerita reunion :)


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah semalam sampai tengahari tadi dapat sertai program reunion pertama kali untuk akhowat sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat2.
Tema dia ialah untuk pemantapan iman dan pengeratan ukhuwah.
Kalau iman kita mantap, insyaAllah matlamat kita untuk menjadi ‘abid Allah akan tercapai. Dan kalau ukhuwwah kita antara sahabat baik, insyaAllah matlamat kita untuk menjadi khalifah Allah pula akan tercapai. Jadi, kita nak capai dua benda ni, barulah balance. Tak nak satu je.
Okey, adalah satu program ini, ummi yang conduct. Dia kira macam satu perjanjian lah.  Ummi akan salam tangan orang tu, then ummi akan serahkan sebiji telur kat orang tu. Then, ummi cakap, lebih kurang lah,
“Bismillah, ummi serahkan telur ni kepada si polanah. Jagalah amanah ini (‘abid dan khalifah Allah) dan jangan bagi kat orang lain kecuali kepada orang yg memberi sahaja.”
Pastu, orang tu akan jawab, ” Bismillah, saya terima.”
Actually ada benda yang nak disampaikan melalui perjanjian dan penyerahan telur ni. Kiranya macam simbolik lah. Bahawa amanah kita adalah untuk menjadi ‘abid dan khalifah Allah, jadi kita kena jaga betul-betul amanah kita.
Pastu, ada satu game ni, best3, hehe.
Dalam satu kumpulan tu ada lebih kurang 7-8 orang, then semuanya kena berdiri atas sehelai kain batik yang telah dibentangkan. Then, kena terbalikkan kain batik tu , tapi kaki tak boleh pijak kawasan yang di luar daripada kain batik. Susah jugaklah, hee~
Dan bila game tu dah habis, ummi pun bagitau la tujuan atau pengajaran yang boleh diambil daripada game tu.
First, dalam organisasi dakwah ni, musyawarah memang penting. Contoh, bila  nak main tadi kan, sepatutnya kitaorang kena lah bincang dulu macam mana nak gerakkan kain tu dan terbalikkan dia kan. hehe.
Pastu, ada satu kumpulan ni, akhowat-akhowat yang berdiri kat “lapisan” yang paling luar tu saling berpegangan tanganlah to make sure ahli-ahli yang berdiri kat tengah2 tak jatuh :) Then, ummi pun cakap :) Apa yang dalam kumpulan akhowat tadi adalah kekuatan ukhuwah :) and kalau dalam hidup berjemaah, kita akan berlegar-legar je dalam lingkungan tu, maksudnya insyaAllah kita akan terhindar daripada mainan dunia dan tipu daya syaitan, sebab? kita ada jemaah yang saling mengingatkan dan menguatkan aqidah antara satu sama lain.
Dan kerjasama dalam kumpulan amat-amatlah penting. :) dan kita mestilah lantik seorang ketua untuk bagi arahan di samping berbincang untuk decide apa yg terbaik .
Pastu ada game “telinga karat (kot?)”. yang kena hafal ayat tu, then pass kat orang seterusnya. he. Kitaorang kena hafal ayat Quran tapi in malay la kan.
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” ~Surah al-Hujurat ayat 18~
Dari ayat ni, we know that Allah sentiasa tahu apa yang kita pikir, rasa walaupun terdetik sekejap je kat hati kita. Allah tahu segala-galanya! Dan actually dari game ni juga, kita boleh peroleh ‘ibrah bahawa kalau kita nak menyampaikan sesuatu perkaraa atau syariat, kita kena ambil dan tahu daripada sumber yang original.
Pastu, the last programme sebelum start gotong-royong tadi, ummi suruh kitaorang pergi sembunyi kat satu tempat yang mana siapa-siapa pun tak nampak, then buatlah apa-apa pun yang kita nak kat telur yang kita dapat tadi. then, lepas 5 minit, jumpa ummi balik dan bagitau kenapa kamu buat macam tu? *cthnye : kalau dia pecahkan telur ke ape, ce bagi sebab kenapa kamu buat macam tu*
Then lepas 5 minit (actually takde pun nak nyorok2 tu, hehe, kitaorang relax je makan n minum, hik3 -,- )
kitaorang pun kumpullah balik dengan ummi. Then ummi pun tanyalah setiap sorang. Ada yang kata dia nyorokkan telur tu sebab nak bawa balik then masak kat rumah, kih3. pastu ada yang letak dalam beg sebab malas nak pegang. ada yang letak dalam poket dan ada juga yang pegang je. Pastu, yang pegang je telur tu atau letak dalam poket, diaorang kata diaorang tak buat apa-apa sebab macam mana dia nak buat kan?? kan syarat dia, siapa siapa pun tak boleh nampak dn lihat apa kita nak buat sedangkan Allah sentiasa melihat dan nampak kita? :D
Then, ummi pun setujulah dengan orang yang pegang telur tu atau simpan dalam poket tu, dan ummi tambah sikitlah,  ” sebabnya adalah kita takut dengan Allah :) “
Aaa, dan ada satu special case, hehe. Ada seorang ukhti ni dia pulangkan balik telur tu kat ummi sebab kan masa awalawal tadi (perjanjian tu.) ummi cakap tak boleh bagi kat orang lain kan telur tu, tapi boleh bagi kat yang memberi je kan? haa. so, ummi pun pujilah dia sebab betullah apa yg ukhti tu buat. tapi, itu dari segi fizikal lah kan :) tapi kalau dari segi amanah yang sebenar that is ‘abid dan khalifah Allah tu, kita kenalah jaga betul-betul :)
Rasanya tu je kot stakat ni. Alhamdulillah program reunion ni memang telah menghidupkan hati-ku. Suka sangat <3 Terima kasih ya Allah. Dan semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kita semua lakukan untuk prog ni, insyaAllah.

Thursday, May 12, 2011

MC

Alhamdulillah, hari ni dah selesai urusan medical check up.

Nak kongsi lah sikit apa yang ana buat kat sana, huhu. Ada seorang ukhti tu tanya, apa proses yang dilakukan masa M.C. tu? Okey, insyaAllah ana cuba kongsikan sikit.

Ana cerita ni berdasarkan pengalaman ana eh.

0830 : 12 Mei 2011 : Hospital Specialist
Pergi ke satu kaunter ni dekat dengan tempat emergency. Bagi borang maklumat kesihatan yang perlu diisi oleh doktor. Ana buat medical check up ni sebab pihak universiti yang suruh. Pastu, miss tu kiralah kena bayar berapa. Semua sekali RM 91 untuk diagnostic imaging (X-RAY) , Laboratory dan untuk doktor tu kot~ Huhu. X-ray = rm 30 , Lab = rm 11 . Kalau di hospital kerajaan, bayaran dia lebih murah.
Kalau tak nak beratur panjang, datanglah awal-awal ya  :) Masa nak buat pemeriksaan ni, tak perlulah kot nak suruh parent temankan, hehe. Sebab masa yang ana ambil untuk selesaikan semua pemeriksaan dan nak ambil result tu lebih kurang 2 jam.

Okey, pemeriksaan pertama yang ana buat ialah benda-benda asas sahaja. Contoh ; timbang berat, ukur ketinggian, dan tekanan darah. Madam yang check tu indian dan peramah sangat. Suka <3 Huhu. Sembang-sembanglah dengan dia. Anak dia dapat 7A+ 2A tu! Student St. Michael. Dia nak ambil course pharmacy. Pemeriksaan tu sekejap je, jadi dapat sembang dengan madam tu pun sekejap jelah :D
Pastu , buat examination of eye. Tengok kita ni buta warna ke tak dan lain-lain.

Lepas tu, pergi naik tingkat 2 bilik no 2-23 , untuk buat urine test. Masa ni, 5tiba-tiba je teringat balik experiment biology hari tu, pasal nak ambil sampel urine, hehe. Pesanan kat sini, bawalah tisu awal-awal dari rumah ya, takut pihak hospital tak provide tisu. (Tapi, kalau takde, minta jelah kan) Masa tu baru pukul 9.15 pagi, lebih kurang. Then, boleh  ambil result tu pukul 10.45 pagi. Jadi sementara nak tunggu ambil result tu, ana pun pergilah turun balik ke ground floor untuk buat diagnostic imaging @ X-ray.

Sebelum nak check tu, kena tukar baju khas dia. Uhh, tak suka baju dia, hehe. Sebab bajunya sampai takat lengan, tapi labuh sampai ke lutut ==" Alhamdulillah lah masa tu pakai hand sock. ^^ Jadi pesanan untuk X-ray examination ni pula, siap-siaplah pakai hand sock :P Ana just buat bahagian chest je, jadi kena berdiri. Macam pelik je, tapi takpelah, sesiapa yang belum buat lagi tu, nanti taulah macam mana caranya. Buat pemeriksaan ni tak sampai 5 minit pun. Then, tunggulah result-nya lebih kurang 40 minit.
Keputusannya ialah :
- The heart size is NORMAL
- Lung fields are CLEAR
- Bones are UNREMARKABLE >> Unremarkable?? Ayah kata, maksudnya tulang ana ni tak cukup kalsium, tak mantap sangat. Yelah, atenye makan pun sikit.
Haa, lepas dah dapat result tu, tengoklah gambar tulang anda! Betapa hebatnya ciptaan Allah. Tersusun dan cantik je, Subhanallah~ Itu baru tulang, belum lagi sel-sel dan segala benda yang ada dalam tulang dan dalam seluruh badan kita ni!

Pastu, ambil result urine test. Alhamdulillah, normal. Tapi 99% memang tak faham apa maksud result tu, uhh.

Last sekali, pergi balik kat kaunter tadi, then ada buat pemeriksaan dengan Doktor Sumathi~ Dia just tanya kita ni ada apa-apa penyakit ke apa. Pastu, buat pemeriksaan telinga ( Geli bebeno rasanya bila dia masukkan benda tu dalam telinga, hihi), pastu check perut. Oke, check perut ni takde guna pisau ke apa ya, dia just sentuh beberapa bahagian abdomen kat perut, Jangan bimbang ya! ;D

Lepastu, habis! Then balik ^^

Emm, kalau kita pergi mana-mana, jadikanlah diri kita sebagai qudwah hasanah kepada orang lain. jagalah akhlaq kita, sebab orang akan nilai seseorang tu kadang-kadang hanya dengan personaliti dan tingkah laku kita :) Berpeganglah dengan syariat Islam tak kira kamu berada! Suburkanlah sifat 'izzah terhadap Islam dalam diri kita, insyaAllah. Dan bersyukurlah sentiasa dengan nikmat Islam yang telah Allah berikan pada kita. Jangan sesekali lupa dengan nikmat ni dan juga paling utama kepada PEMBERI NIKMAT Islam, iaitu ALLAH.
Okay, jaga diri , iman, hati dan akal ya! Emm, usia dah makin bertambah ni! Kalau usia dah tambah, amal pun mestilah kena bertambah, insyaAllah!

Assalamualaikum :)
Fi amanillah~

Wednesday, May 11, 2011

UiTM - - - - - -

Assalamualaikum :)

Nak share something :) Alhamdulillah, dapat course asasi sains di UiTM - - - - - - . (em, rasa kekok pula nak ber-blogging ni, huhu)

Lepas bincang-bincang dengan mak dan ayah, akhirnya keputusan yang telah disepakati adalah me is going to UiTM, not Matrikulasi, insyaAllah.
 Semoga pilihan ke UiTM ini adalah pilihan yang terbaik untuk diri saya :')

Lepas tu, mulalah download segala benda borang-borang kat laman web UiTM. Untuk pengetahuan semua, UiTM hanya paparkan semua borang, surat tawaran dan lain-lain dekat laman web UiTM sahaja. Jadi , memang banyak kerjalah kena buat + habis ink printer, hhuuhu. Apa-pun, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian :)



Adalah juga search blog pelajar UiTM negeri - - - - -  untuk tahu kondisi, fasiliti, peraturan dan semuanyalah kat UiTM. Macam menarik je bila baca entri mereka. Tapi, kadang-kadang rasa berdebar-debar juga. Yep. Sebab ini first time bakal berjauhan dengan parents lebih daripada seminggu, huhu. Dan juga mungkin bakal menemui pelbagai cabaran yang baharu dan yang lebih power. Jadi , untuk menghilangkan perasaan saspen, cuak tu, cubalah dekatkan diri kepada Allah. Allah kan ada? Jadi, buat apa nak takut? Huhu.
Dan juga kenalah buat persiapan awal-awal sebelum ke IPTA.  Misalnya, persediaan dari segi Rohani, Mentaliti, Fizikal, dan lain-lain.

Paling "takut" adalah culture shock. Mohon Allah perkuatkan diri ini dan juga mohon doa daripada sahabat-sahabat ya. Hope akhowat SMAH dan akhowat rangkaian MUSLEH yang lain (termasuk diri ana) boleh menjadi Qudwah Hasanah kepada diri kita dan juga kepada orang lain. Tak kiralah kita dicampakkan ke mana pun, just be yourself dan 'izzah-lah dengan Islam. Tegakkan Islam dalam diri, maka tertegaklah Islam di muka bumi! InsyaAllah.

Akhirul kalam, jagalah diri, jagalah iman, jagalah hati :) Bak kata Ummi Ina, Istiqamah ya!
Fi amanillah.
Assalamualaikum~

Wednesday, May 4, 2011

untitled post :D


Bismillah.

Hari ni tolong mak kemas rumah sikit. Huuhu.
Tugas keme (baca: ana atau saya) ialah mengemas dan menyusun benda-benda kecik yang comel-comel tu. Huaa. Susah woo :D
Tang tengah complain-complain tu, "Ya Allah, mak, punyalah lamanya nak nyusun benda2 nih (kerongsang, kunci, key-chain, etc). Eeei, susahnyaa. Menci menci :P "

saya amik daripada encik google je ;D

Tiba-tiba mak cakap, " Lah, takkan lah nak susun benda tu pun susah. Macam mana lah nak berdakwah kalau benda camni pun dah complain. Lawak la kak ngah ni.." Haha, gelak jelah masa tu. Dalam hati, hihi, zass, terkesan dengan teguran mak. hee. Terima kasih mak. Saya sayang mak :)

Ada sesiapa yang boleh bagi pengajaran daripada kisah di atas tak? Hee. Sharing is caring ;)