Sunday, October 24, 2010

enjoy?

adik sorang ni dah habis pmr.
haish, "macam2" benda la yang dia buat.
macam2= benda yg sama ja!
tiap2 hari, facebook, makan, tido. facebook, makan, tido. nak tambah lagi? outing dengan kawan2 + main game.
ish tension pun ada, ha3.
kepada adik, andai anda sedang baca entri ini ( i know he wouldn't read it, coz i didn't told him that i've this blog! ha3), tolonglah! rentikanlah rutin harian anda ini. menyakitkan mata saya ja. ubahlah diri anda.
buatlah benda yang lebih bermanfaat dan menyenangkan hati orang lain.
:D

master study

salam.

selepas menonton drama korea "master study". trus semangat balik. hua3.
interesting and educational la drama dia.
it's good for whom yang sekarang ni nak ambil exam macam saya, he2.
cuz dalam drama tu banyak bagi idea on how to study smart la.
cubalah tonton ;)

Sunday, October 17, 2010

marhaban @ kampung

salam.

bestnye semalam :)
dapat jumpa dengan sepupu-sepapat kat kampung :)
inilah masanya untuk pereratkan hubungan silaturahim antara sedare mare.

suka kaco/usik anak sedare prmpuan sorang ni. MALISSA.
cute! suka diusik!

kak suhaila tengah cuti sem. putih sungguh mukanya! :) inshaAllah dlm proses nak jadi nurse! bolehla jaga atok kat kg. ngee.
sis dalilah manis in form 4. next week exam. sejarah tak baca habis lagi! hehe.
yang anak2 mak uda, malu2 :)
anak makcik laili, sumenye peramah. comel2 pula tu. haisy ;)
alhamdulillah, sume adik-bradik ayah dtg :)

alhamdulillah, ramaila juga yang datang ke kenduri tu. 2 khemah. penuh.
atuk nampak gembira ja, alhamdulillah. yola, org mai rumah dia :))
opah pun sama. happy go lucky ja :D

okla, sengaja post blog harini sbb nak share my happiness, hehe :)
jzkk for dropping by.

p/s: tpi masih sedih lgi dengan result trial. ngee T.T

Wednesday, October 13, 2010

i'm still trying

another 40 days before spm~
am i ready for that?

result trial x bbrp bagus, especially sci subject T.T
trying to put a lot of efforts on sci subject.

trying to deactivate my bloggie.
trying to sleep late at night and stay awake in the morning of holiday.
trying to clear my mind from -ve thinking.

lately, byk kali ponteng skolah.
jgn sekali2 anda mengikut perbuatan di atas tnp alasan yg munasib~! hehe

aiyaya, gotta "blah" from bloggy now :)
need to have some revision on kimia and then, SLEEP.

make du'a for me on upcoming SPM, iA.

Sunday, October 3, 2010

How I want to be a good person?

Bismillah.

Macam mana nak jadi baik?
Saya jawab soalan ini mengikut apa yang telah saya baca daripada buku Ustaz Pahrol, Nota Hati Seorang Lelaki. Jazakallah to him.

Kadang-kadang, tertanya juga. Macam mana nak jadi baik ye? Bukan mudah menjadi baik, tapi andai kita berusaha bersungguh-sungguh inshaAllah Allah akan permudahkan jalan bagi kita.

Mmm, jawapannya kalau nak jadi baik kita perlu solat!

Sebelum meneruskan penerangan, ada satu kisah yang dikongsi oleh Ustaz Pahrol dalam buku tersebut.
Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seseorang yang mengerjakan solat tapi mencuri. Abu Hurairah bertanya, bagaimana keadaan orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan solat orang itu  lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

Daripada kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa andai kita memperbaiki mutu solat kita, inshaAllah kita akan jadi orang yang lebih baik.

Macam mana pula nak perbaiki solat kita?
Caranya adalah dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat.

Pertamanya, kita haruslah menjaga rukun fikli atau perbuatan fizikal ketika solat, misalnya rukuk, sujud dan sebagainya.
Keduanya, rukun qauli, yakni pada makna bacaan di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

Sebaik-baiknya dan seboleh-bolehnya, carilah makna surah alfatihah dan juga carilah tafsiran tentangnya agar ia melekat di hati kita dan dapat menjiwainya ketika solat
Apabila solat, kita kena hayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita... itu yang lebih penting. Kerana ia dapat membentuk khusyuk dalam solat kita :)

Diselitkan juga di dalam buku tersebut, amaran daripada Imam Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada rasa apa-apa, keaadannya sama seperti menyembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

Jadi, selamat berjaya kepada diri saya dan juga anda dalam menjadi seorang yang lebih baik, inshaAllah :D
Semoga sentiasa istiqamah di jalan-Nya.

"Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa. Meruntuh sekelip mata".

Saturday, October 2, 2010

Imam Syafie

"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie-