Thursday, September 23, 2010

sengaja

salam.
sengaja nak post hari ini :D
lagi 59 hari lagi untuk spm. tadi baru dapat jadual peperiksaan SPM. Bermula pada 23 Nov sampai 16 Dis 2010.

tadi kat sekolah. sudah ubah susunan meja kelas. wah, baru rasa semangat sikit! sebab boleh nampak muka semua kawan-kawan seperjuangan! :)
seorang sahabat tak datang hari ini. tidak sihat, mungkin. syafakillah :)

biology tadi buat latihan tentang support and locomotion. [endo, exo, hydrostatic]+[skeleton]. addmath tadi, bincang jawapan trial. ya Allah, rupa2nya mudah sahaja nak menjawabnya ;p
sejarah tadi buat latihan juga.

lagi 59 hari je nak sekolah. lagi 59! sedih.

Monday, September 20, 2010

after every rainfall must come a rainbow

salam. suka sangat pada lagu di bawah. jom dengar dan hayati betul2 lirik dia. bersyukurlah pada segala benda yang telah Allah kurniakan pada kita. Kat luar sana, masih ada ramai lagi yang takda apa yang mereka perlukan. Jadi, bersyukurlah :)
Maybe ujian yang kita hadapi is smaller than people at pakistan, palestin etc.

Monday, September 13, 2010

synapses 14

mm, rasa sedih pula bila pikir kakak dah na terbang ke Mesir for 6  years. yeah, 6 years. lamanya! huaa. inshaAllah jumaat ni kot berlepasnya. baru beli barang hari ni. ish3. hehe. tapi takpe, bila dia kat mesir, boleh chat dengan dia thru ym or skype. hee~ 
doakan yang terbaik untuk kakak saya, ya. inshaAllah :)
p/s: dah takde tempat untuk gaduh2 lagi. hehe.

synapses 13

saya suda deactivate fb (w/pun sebelum ni penah buat banyak kali. hah)
sedang cuba untuk tidak buka lagi fb, inshaAllah.
O Allah, guide me :)

synapses 12

dahla nak exam. boleh pulak relax je? ish3.
jangan menyesal ble dah terlambat pula.

mood:raya lagi

question

haa, mak nak hantar bee ke afrika? erk.

Sunday, September 5, 2010

kurus

bismillah.

Ramai cakap saya kurus. Saya pun tak tahu kenapa. Makan cukup (kot?)
Mak banyak kali suruh makan banyak. Aiyaya, tapi saya tak boleh makan banyak2 nanti rasa muak dan nak muntah.

Ah, situasi saya ini tiba-tiba mengingatkan saya pada saudara-saudara yang mengalami kebuluran di Palestin, Ethiopia, Afghanistan. Syukur saya ucapkan ke hadrat Ilahi kerana saya masih punyai kudrat untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu memikirkan tentang soal kecukupan makanan saya. Berbanding dengan saudara-saudara saya yang sungguh sukar untuk memperoleh makanan di negara mereka.

A child sits with a plate of food that was distributed as part of the holy month of Ramadan, at a refugee camp in Kabul, Afghanistan, on Saturday, Aug. 14, 2010. (AP Photo/Mustafa Quraishi) #

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana bisa berlaku pembaziran makanan dalam kehidupan seharian kita? Kalau beli makanan, belilah sekadarnya. Kalau tidak habis dimakan, cara lain yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pembaziran adalah dengan cara menyimpan dalam peti sejuk lantas bisa dimakan untuk esok hari. Ataupun seperti yang sering dilakukan dan diajar oleh ibunda tercinta saya, iaitu dengan menjadikan sisa-sisa makanan sebagai baja bagi pokok-pokok di halaman rumah atau makanan untuk binatang lain. Misalnya, nasi yang lebih boleh diletakkan dalam pasu bunga yang ada pokoklah :) Ia amat memberi kesan yang baik. Buktinya, pokok saya makin segar-bugar dan bertambah hijau apabila diletakkan nasi ke dalam pasunya. Kerana nasi itu sudahpun diuraikan oleh mikroorganisma yang ada dalam tanah itu lantas pokok bisa hidup dengan lebih baik.

Kembali kepada topik asal, kurus. Penting sangatkah jika seseorang itu kurus? :D Saya punyai seorang guru dari Kemboja, Muallim Solahuddin. Beliau kurus tapi saya amat hormat pada ilmunya. Bisa bercakap dalam bahasa Arab dengan baik! Beliau kata tiap hari beliau tidur pukul 2 pagi bangun pukul 5 pagi. Beliau kata buat apa hendak tidur lama-lama. Lebih baik kamu gunakan waktu tidurmu untuk menimba ilmu. Beliau juga sering bermain bola sepak pada waktu petang. Walaupun beliau kurus, tapi ini tidak mengganggu kehidupannya. Macam saya, hehe. Walaupun sering dikategorikan sebagai kurus oleh kawan-kawan saya, tapi Alhamdulillah saya okey sahaja. Tidak pernah pula saya dimasukkan ke hospital kerana tahap BMI saya yang teramatlah kurang. Berat saya 40 kg. Berat kakak saya 39kg. Berat kakak saudara saya 37kg. Bila balik kampung, ada seorang mak saudara saya kata, ----- nampak semakin cengkung. hehe. bila salam dengan orang, kadang-kadang kawan kata, aduh, sakitnya. haha. sebabnya? sebab pipi saya kurus dan "tajam" kut. Maaflah kepada mereka, ngee.

Tapi kan, kadang-kadang sedih juga bila tengok ada orang dapat penyakit bulimia la, anorexia nervosa la. Kalau bulimia tu sampai memuntahkan balik segala benda yang dah dimakan. Kalau anorexia pula, orang tu tak nak makan sampai kurus gila2, tinggal macam rangka tulang gitu sebabnya orang tu takut nanti berat dia bertambah la, etc. (untuk maklumat lanjut, boleh search kat google,hehe).
Jadi, janganla pula nak jadi kurus sangat sehingga tidak menjamah makanan langsung. Itu ambil risiko namanya!

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang Allah Ta'ala dah berikan kepada kita. Asalkan kita sihat dan dapat beribadah kepadanya. Tak kiralah gemuk ke kurus ke biasa-biasa je ke. Bersyukurlah! Cuma pesan saya, kalau anda memang ada penyakit yang memang boleh membahayakan kesihatan anda disebabkan masalah weight, cepat2lah jumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

Akhir salam, assalamualaikum.

Adios.

Thursday, September 2, 2010

facebook

heyy, kalau tiap2 hari kau buka facebook, kenapa kau ta boleh buka laman web islamik yang lain.

bee, change yourself!

other people won't change u but you YOU will change yourself.

so, make your own decision now.

you already wasted your precious ages just to see your friend's status? huh. it's alright if you just sign in your facebook maybe once a week. but, it's just too much! okay?!

you should ask yourself what you gonna be!